-->
Showing posts with label Nasihat Cinta. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Cinta. Show all posts

9 Jenis Wanita Di Dalam Neraka

Posted by Unknown Monday, June 25, 2012 0 comments

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala khinzir dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala khinzir dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

5 Fakta Mengenai Pelukan

Posted by Unknown 0 comments
(1) Untuk kesihatan jantung
- Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah)

(2) Memperlahankan kadar degupan jantung
- Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.

(3) Meningkatkan rangsangan sistem saraf
- Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.

(4) Menghilangkan sifat negatif
- Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutan, kesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.

(5) Meningkatkan keserasian
- Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan pelukan, akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.

Bila Perempuan Menangis

Posted by Unknown 0 comments

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.... ...

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,

Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Perkara Yang Menjadikan Wanita Itu Derhaka Kepada Suaminya

Posted by Unknown 0 comments

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

A. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

B. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
C. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

D. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

E. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

F. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

G. Minta talak.

H. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

I. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

J. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

K. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

Cara Lupakan Bekas Kekasih

Posted by Unknown Sunday, June 24, 2012 0 comments

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

First of all, cuba kita pikir balik adakah dengan cara kita lupakannya kita akan bahagia?
Sejujurnya lelaki dan perempuan bukan masalahnya, masalahnya kita! Kita sendiri yang buat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

So ,bagi sesapa yang nak lupakan kekasih yang curang dan menduakan korang, bagi sesapa juga yang dok teringat2 lagi kat ex korang ,sehingga memberi kesan buruk kepada korang ini ada beberapa cara penting untuk korang lakukan…

Sebelum tu, Saya nak cakap,

“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”

Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,

BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je, “ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!
5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi 
sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat!

INSYAALLAH..

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Posted by Unknown 0 comments

Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?

Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

6 Seni Memuji Isteri

Posted by Unknown 0 comments
Gambar Hiasan Sahaja

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

4. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.

Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

5. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

6. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

Kepercayaan Dalam Cinta

Posted by Unknown 0 comments

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia.

Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan.

Blog Tips Cinta

8 Cara Menjadi Suami Yang Hebat

Posted by Unknown 0 comments

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk korang wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, korang pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa korang suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah korang.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang korang berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Kekasih Terbaik

Posted by Unknown 0 comments

Saya suka tengok jari kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang… Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kami tak boleh tolong antara satu sama lain pada suatu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa…

Saya suka tengok rambut kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab itu saya belikan tudung… Bukan sebab cemburu orang lain tengok juga…. Tapi takut nanti terbakar dek api neraka pada suatu hari yang dahsyat peritnya.

Saya suka tengok liuk lentuk ‘body’ kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung Supaya masa dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Seronoknya..

Saya sedih tengok kekasih saya. Tak tidur, tak makan rindu pada saya… Saya pun macam tu juga, Ada ‘problem’ yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan-Nya dari saya…
Saya sedih tengok kekasih saya. Selalu pesan macam-macam pada saya… “Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah hati bla.. bla.. bla.. bla..” katanya… Tapi bila tengok movie sama-sama ‘burn’ Asar maghrib begitu sahaja. Dia tak kata satu apa pun… Berdosanye saya….

Kesimpulannya saya memang sayang dia… Nak jumpa, dekat sentiasa, bersama dan mencintainya selama-lamanya… Di dunia dan akhirat terutamanya, matlamat kami Syurga dunia, Syurga akhirat bersama… Bahagia selamanya…

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak selepas ni… Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Ku cintai dia dalam diam, rindu dalam sepi…
Aku hilangkan keseronokkan sebelum nikah untuk aku dapatkan kenikmatannya bersama selepas akad nikah…
Aku tinggalkan cinta kerna-MU Ya ALLAH, aku yakin kau pelihara dia lebih dari aku. Aku akan datang sebagai yang sah buat dirinya. Sampaikan salam sayang dan rindu aku pada dia setiap hari Ya ALLAH…Ikat hati kami walau berjauhan.

Blog Tips Cinta

Pesanan Ustaz Azhar Idrus Untuk Lelaki

Posted by Unknown 0 comments

Hargailah Seorang Isteri

Posted by Unknown 0 comments

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira.

Luahan Hati Perempuan Untuk Para Lelaki Sejati

Posted by Unknown 0 comments

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

6 Sebab Beruntungnya Perempuan

Posted by Unknown 2 comments

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. ) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Blog Tips Cinta

10 Tanda Si Dia Jodoh Anda

Posted by Unknown 0 comments

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Posted by Unknown 0 comments

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

10 Sebab Kenapa Ingin Kahwin Muda

Posted by Unknown Saturday, June 23, 2012 0 comments

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!

10 sebab kenapa nak kahwin awal

1. Sudah ada yang berkenan di hati

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

5 Tanda Anda Terlalu Lama Single

Posted by Unknown 0 comments
Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang

Perasan semua awek suka pada kau
Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari

Membina tabiat makan yang tidak elok Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

Kau banyak sangat main games Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

Kau meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

Kau mula stalk awek lama kau
Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Ciri-Ciri Lelaki Buaya Darat

Posted by Unknown 0 comments

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, si dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa segan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak

Bagaimana Cara Lupakan Bekas Kekasih?

Posted by Unknown 0 comments

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

First of all, cuba kita pikir balik adakah dengan cara kita lupakannya kita akan bahagia?

Sejujurnya lelaki dan perempuan bukan masalahnya, masalahnya kita! Kita sendiri yang buat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

So ,bagi sesapa yang nak lupakan kekasih yang curang dan menduakan korang, bagi sesapa juga yang dok teringat2 lagi kat ex korang ,sehingga memberi kesan buruk kepada korang ini ada beberapa cara penting untuk korang lakukan…

Sebelum tu, Saya nak cakap,

“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”

Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,

BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je, “ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!
9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi 
sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu

dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat!

INSYAALLAH..