-->
Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Betul Betul Cool - Alpeniglu: Hotel Yang Dibina Daripada Ais Dan Salji

Posted by Unknown Monday, September 17, 2012 0 comments
Hotel Alpeniglu yang dibina dengan hanya menggunakan ais dan salji ini terletak di Brixen im Thale, Austria. Ia dilengkapi dengan restoran, bilik penginapan dan dewan perkahwinan. Di sini, pengunjung berpeluang belajar membuat ukiran ais dan meluncur salji. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam hotel ni...
























Betul Betul Cool - Hotel Kapal Perang

Posted by Unknown Tuesday, September 4, 2012 0 comments
Kiev adalah sebuah kapal perang yang telah diubah menjadi hotel mewah di China. Kapal yang membawa pesawat juang ini telah digunakan oleh Soviet Union sejak 21 Julai 1970 sehinggalah pertengahan tahun 1993.



Pada 1996, ia dijual kepada syarikat dari China dan mula menjadi sebahagian daripada Taman Pesawat Binhai, sebuah taman tema yang bercirikan ketenteraan pada 1 May 2004.

Pada Ogos 2011, kapal ini mula dibuka kepada pengunjung sebagai hotel mewah setelah melalui proses ubahsuai yang menelan jutaan dollar.








Hoshi Ryokan – Hotel Tertua Di Dunia

Posted by Unknown Saturday, September 1, 2012 0 comments
Hōshi Ryokan adalah hotel dan spa yang dibina di Ishikawa, Jepun sejak hampir 1300 tahun dahulu! Diasaskan pada tahun 717, ia diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai hotel tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang.



Hotel ini dimiliki dan diuruskan oleh keluarga yang sama buat 46 generasi. Kini, ia mempunyai lebih kurang 100 bilik penginapan dan boleh menerima 450 tetamu dalam satu masa.


Hōshi Ryokan terkenal dengan kolam air panas yang menyegarkan. Terdapat 2 kolam air panas tertutup dan 2 lagi kolam air panas terbuka yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan.




Pengunjung akan diberikan kimono istimewa, Yukata sepanjang penginapan mereka. Turut terdapat taman tradisional dengan pemandangan yang begitu indah.