-->
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

WOW! - Kerana Cinta, Bunga Ditabur sepanjang tangga Untuk ‘Bahagia

Posted by Unknown Saturday, November 3, 2012 0 comments
Orang-orang tua biasanya akan mengatakan remaja zaman kini melalui alam percintaan yang boleh membawa mereka kepada peringkat yang lupakan diri seperti sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan mereka.


Malah, tindakan atau perlakuan ‘angau’ dalam satu-satu hubungan cinta itu juga digelarkan sebagai ‘cinta buta’.

ikuti lagi kisah percintaan mereka di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri! (3 GAMBAR)

Posted by Unknown Sunday, October 7, 2012 0 comments
Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri! Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.


Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat. Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit. Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.

Sumber : TaoTauAjer

Tips Menjaga & Memenangi Hati Wanita

Posted by Admin Saturday, August 4, 2012 0 comments

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana korang boleh memenangi hati wanita kekasih korang. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri.Yang Belum Berkahwin Adalah Dilarang untuk Mencuba atau Sengaja Mencuba..

Berikut adalah senarai 76 petua tersebut:

1. Bila saja korang pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum korang lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri korang untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri korang untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami korang.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri korang untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya korang terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan korang dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati korang dan nyatakan kepadanya ‘Abang kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa korang memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah korang.

16. Bila korang perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya korang akan pulang dan korang perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan korang telah reda dan korang pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan korang dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri korang kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh korang dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan korang, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang korang baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan korang dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila korang hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila korang mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak, sebaiknya selepas dia selesai solat. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa korang bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya berkata “hai”.

26. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila korang hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya.

32. Bersihkan diri korang dan pakai wangi-wangian sebelum jimak jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah korang menyebelahi isteri korang. Kalau korang tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri korang untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jimak.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan korang. Jangan mengalihkan pandangan korang pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang korang ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila korang memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan korang kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar korang boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa korang untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana korang boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika korang berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak korang. Biarkan anak-anak korang menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian korang yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan korang tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau korang boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa korang bawa gambarnya dalam dompet korang dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah korang yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan korang boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan korang ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar korang tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila korang keluar bersamanya, korang sendiri perlulah tahu arah tujuan korang agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada korang.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana korang melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. Nyatakan korang ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu korang lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang korang terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila korang sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.

62. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya. Kalau masakannya tak sedap, contohnya katakanlah begini kepadanya "sedap la awak masak, tapi boleh tak tambahkan sedikit garam di dalamnya?".

64. Sewaktu korang mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa korang berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan korang bila korang berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat korang pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila korang mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk korang.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa korang mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan korang juga mahu apa yang korang kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila korang berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa korang rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan korang ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada korang tanpa berdolak-dalik.

76. Korang juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati korang. Bila dia gembira korang akan turut gembira. Korang akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri korang telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

p/s: kepada wanita-wanita di luar sana, kalau ada yang tak betul, perbetulkanlah ye...

Tip Menjadi Pasangan Yang Baik

Posted by Admin 0 comments

Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

1) Terima seadanya:

Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan korang. Ingat, pasangan yang korang kahwini atau cintai itu adalah pilihan korang sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan korang. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami korang ketika korang marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama:

Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Korang perlu berhati-hati jika korang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan korang. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda:

Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan:

Apabila marah atau ada hal yang mengganggu korang cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika korang bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu:


Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu:


Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

Jaga komitmen antara satu sama lain:

Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan korang mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur:


Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa korang terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:

Layanlah pasangan korang seperti mula-mula berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan walaupun sudah lama berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

p/s: semoga korang semua berjaya membentuk satu institusi keluarga yang berjaya dan bahagia sepanjang hayat...aminnn

Petua Untuk Mendapat Pasangan

Posted by Admin Sunday, July 29, 2012 1 comments

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari korang. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan korang dengan pasangan korang.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga korang bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup korang dengan sempurna agar diri korang jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan korang kepada korang.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati korang daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar korang dan korang akan menarik sayang terhadap korang. Jika korang membenci orang, ditakuti bakal pasangan korang akan membenci korang.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan korang.

10. Buka hati dan minda korang untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni korang terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan korang kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

-Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Misteriousgrapesz

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted by Admin 0 comments

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Tips Rumah Tangga Untuk Lelaki & Wanta

Posted by Admin 0 comments

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini. Yang perempuan pun sama jadikan sebagai pedoman.

1. KETIKA MENCARI CALO

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Korang bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua atau wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Korang berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan korang, kerana korang harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila korang berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Korang adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta korang kepada isteri dan anak korang, tetapi cintailah isteri atau suami korang 100% dan cintai anak-anak korang masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan korang.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL

Jangan dimakan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K;

Ketaqwaan
Kasih sayang
Kesetiaan
Komunikasi dialogis
Keterbukaan
Kejujuran
Kesabaran

Tip Mengelakkan Pertengkaran Antara Suami & Isteri

Posted by Admin 0 comments

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara korang malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

1. Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, korang mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila korang mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus korang mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2. Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini. Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan korang benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

3. Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, korang dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya korang menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada korang. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

4. Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan korang berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

5. Jangan bertindak secara fizikal

“awak memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan awak”, atau “perangai awak tak ubah seperti ahli keluarga awak”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar. Dalam bercinta, korang dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas. Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka awak sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan awak”.

6. Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya korang berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan korang terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah korang berdua.

Misteriousgrapersz  

Wahai SUAMI..., Wahai ISTERI...

Posted by Admin Friday, July 27, 2012 0 comments

Wahai SUAMI…. renungkanlah
  • Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
  • Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
  • Tidaklah setaqwa Aisyah
  • Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
  • Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
  • Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
  • Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
  • Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
  • Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
  • Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
  • Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
  • Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
  • Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
  • Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.Amin...

Wahai ISTERI pula…renungkanlah
  • Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
  • Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
  • Tidaklah setaqwa Ibrahim
  • Tidak setabah Ayyub
  • Tidak segagah Musa
  • Apalagi setampan Yusuf
Justeru
  • Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh…
  • Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
  • Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
  • Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
  • Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
  • Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
  • Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
  • Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t. kerana memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru
  • Kamu akan tersentak dari alpa
  • Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
  • Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
  • Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
  • Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
  • Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha
  • Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah….
Ya Allah..Setiaku pada cinta hanya satu. Sayangku dan kasihku hanya untuk dia yang kucinta. Oh Tuhan berikanlah aku hidup hingga aku dapat menjaga dirinya, selalu bersamanya seperti apa yang diimpikannya. Ya Allah… berikanlah aku tubuh badan yang sihat agar aku kan selalu menjaganya. Takkan aku sakiti dia… Ya Allah, hukumlah aku bila terjadi…

Dia terlalu istimewa buatku dan aku tak sanggup kehilangan dia…Tapi andai Tuhan mengambil diriku darinya, dan aku tidak lagi menjaga dirinya… biarlah Allah sentiasa melindungi dirinya walau dimana dia berada...Cintaku padanya sampai ku menutup mata… Cinta ke akhir hayat…

p/s: nukilan syahdu ini dicilok dari  Misteriousgrapersz 

Ucapan Paling Romantis Jika Rindukan Seseorang

Posted by Admin Friday, July 20, 2012 0 comments

Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Misteriousgrapersz

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Cinta

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntun kesedihan. Agaknya lebih ramai orang menangis akibat gagal bercinta daripada kematian ibu bapa. Alangkah besarnya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba2 bertukar kelabu, pokok2 menggugurkan daunnya hingga gondol, petir menyambar dan rebut pun terjadi.

Hampir semua orang mengalami gagal bercinta. Sebenarnya ia bukanlah cinta, sekadar suka, bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tak tahu dia disukai. Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tak mendapat layanan setimpal dia menganggapnya sebagai gagal bercinta. Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari. Dunia dirasakan kelam. Dia tak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi.

Pada mereka yang benar2 bercinta kemudian mengalami kegagalan, ya, mungkin mereka lebih munasabah untuk meratapinya. Namun, kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan cinta? Cinta hanyalah pada makhluk – ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan. Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta. Dia hanya manusia, penuh kelemahan dan serba kekurangan. Mengapa mesti terlalu berpatah harap. Dia tak terkecuali dari ditimpa musibah, diulit penyakit, digelut usia tua. Mengapa hingga sanggup melupakan nikmat menyintai Tuhan hanya oleh manusia – kalaupun terlalu kacak, bakal hilang kekacakannya, kalaupun terlalu cantik, bakal hilang kecantikannya, kalaupun terlalu kaya, bakal pergi semua kekayaannya, kalaupun terlalu sihat, bakal pergi menghadap Ilahi.

Cinta itu nikmat, mengapa mesti derita oleh cinta. Kegagalan cinta bukanlah penhujung dunia. Cinta hanyalah perasaan, kadang2 di situlah bertandangnya syaitan. Mengapa tak dapat faham bahawa cinta manusia tak akan ke mana2, yang kekal abadi adalah kecintaan tehadap Ilahi. Mengapa korang tak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap Ilahi. Mengapa korang berfikir nak membunuh diri semata-mata oleh cinta manusia durjana.

Tahukah korang, sewaktu korang merasai gagalnya cinta, syaitan semakin kuat tertawa kerana korang hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia, sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang Tuhan patut lebih diratapi. Pernahkah korang menangis mengharapkan cinta Ilahi? Tidakkah korang berasa malu menangis oleh gagalnya cinta terhadap manusia sedangkan Allah lebih utama untuk korang tangisi taufik dan hidayah-Nya?

Cinta itu indah, usah dicemari oleh perilaku yang salah. Cintailah Allah sebagai keutamaan korang, kemudian cintailah Nabi berikutnya, ibu ayah selepas itu, guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu yang keempat dan kelima dirimu sendiri. Cintailah dirimu sebab nasib korang di akhirat ditentukan oleh sejauh mana korang mengasihi dan menyayangi diri sendiri.

Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.

Laluan kedua pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru. Siapa tahu dia adalah lebih baik. Izinkan diri korang bercinta lagi. Andainya korang dah tak nak bercinta lagi, jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir.

Tidakkah korang berasa malu
menangis oleh gagalnya cinta
terhadap manusia sedangkan
Allah lebih utama untuk korang
tangisi taufik dan hidayah-Nya?

Andainya korang dah tak nak bercinta lagi,

jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup

dan cintamu yang agung dan terakhir.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Rumah tangga

Posted by Admin 0 comments

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia”. (al-Bukhari)

Bahagia dalam erti kata yang sebenar adalah apabila korang dapat melakukan ibadah dengan tenang. Seandainya korang masih kelam-kabut atau rasa terdera setiap kali melakukan solat misalnya korang belumlah lagi seorang yang bahagia.


Rumah tangga yang mengalami kegagalan perlu diselamatkan. Ia berbeza dengan mahligai cinta. Mahligai cinta hanya dianggotai oleh dua orang yang sedang bercinta, tetapi mahligai rumah tangga dihuni oleh ramai orang dan banyak pihak – anak2, mentua, ipar duai, saudara mara. Maka itu, kegagalan rumah tangga mesti melalui proses baik pulih sebelum benar2 dipisahkan. Sedangkan kereta yang dah berkarat boleh diberikan cat baru dan enjin baru, mengapa tak alam rumah tangga.

Usah ambil jalan mudah dengan berpisah. Kenang2 mereka yang terpaksa menanggung susah. Sebuah perkahwinan paling tidak melibatkan jurunikah dan dua orang saksi. Namun, perkahwinan hari ini menyaksikan begitu ramai orang terlibat dan begitu banyak wang dibelanjakan. Tak semestinya bahtera yang akan karam akan terus karam, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menyelamatkannya.

Andainya korang masih juga terpaksa menempuh kegagalan rumah tangga, laluan kedua untuk menyelamatkan keadaan ialah kembali bersatu. Sebab itulah dalam Islam ada talak satu dan tiga. Talak satu memberikan peluang kita bertenang serta merasai makna perpisahan serta kesan-kesannya. Bersatu kembali itu barangkali susah tetapi terus berpisah tentu lebih susah. Rujuk adalah laluan kedua yang boleh korang usahakan untuk kembali mengecapi kenikmatan hidup berumah tangga. Sungguh memalukan, hanya mengendalikan sebuah keluarga yang kecil pun tak mampu, bagaimana agaknya jika diminta memimpin sebuah negara?

Tetapi awas, sekiranya sesebuah perkahwinan itu berada dalam talak tiga, takde laluan kedua untuk korang samada si suami mahupun isteri. Dalam keadaan begini, lupakan je lah si dia. Dia telah menjadi orang asing, bukan lagi asing bahkan haram menikah kembali. Laluan kedua korang dalam keadaan ini ialah binalah perkahwinan lain bersama orang lain. Peratus korang untuk dapat kembali pada bekas suami atau isteri sangat tipis sebab ‘cinta buta’ secara tak terancang bukanlah mudah terjadinya.

Terdapat sebuah kisah yang mana seorang lelaki tua hari2 menghendap jandanya yang juga telah tua. Mereka bercerai dengan talak tiga. Si suami telah memberikan talak tiga dalam satu pertengkaran. Maka itu mereka dipisahkan. Si bekas suami ini tinggal di rumah lain, masalahnya rumah itu bersebelahan je dengan dengan rumah yang didiami oleh bekas isterinya. Nyata dia masih sayang, segala kenangan sepanjang hidup bersama sentiasa terbayang-bayang. Sekarang, si lelaki tua ini hari2 menghendap bekas isterinya sambil mengecup-gecup bibir. Takde jalan untuk kembali. Siapalah yang nak menjadi ‘cinta buta’ pada seorang wanita tua?

Setelah semua laluan seolah-olah tertutup, adalah lebih baik mengukuhkan laluan menuju Ilahi. Umur pun dah lanjut, bukankah lebih baik menumpukan perhatian pada ibadah. Biar usia yang berbaki terguna dengan sebaik-baiknya. Untung nasib kita dikira pada penghujungnya. Sebaik mana pun seseorang itu kalau mati dalam su’ul khatimah bakal mengalami kesengsaraan. Dah la di dunia sengsara tak boleh kembali bersatu, di akhirat pula sengsara kerana cuai menjadikan diri sebaik-baik hamba.

Husnul khatimah bermaksud berakhirnya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk.

Laluan alternatif yang masih ada adalah perkahwinan baru dengan wanita lain. Moga2 bekas isteri juga menemui jodohnya pula.

Cinta itu indah, usah dicemari dengan perilaku yang salah.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20 Ribu

Posted by Anonymous Sunday, July 8, 2012 0 comments


As-Salam.
Jika mahu diri dinilai dengan mahar tinggi, maka lengkapkan diri dulu dengan perkara-perkara berikut. Andai ada ciri-ciri yang akan disenaraikan ini, maka tidak salah ibu bapa mahu anak mereka dikenakan mahar mahupun nilai hantaran perkahwinan sehingga RM20,000.

Ciri-ciri yang diminta adalah:
*Hafal 30 juzuk Al Quran.
*Dapat dan tahu mengenai Hadis Sahih.
*Menjadikan sunnah Rasulullah sebagai amalan harian.
*Boleh memasak makanan sedap.
*Dijamin mendapat zuriat yang baik.
*Dijamin menjadi isteri solehah.
*Dijamin dapat mendidik anak menjadi anak yang taat pada agama.
*Sentiasa takwa kepada perintah Allah Taala.
*Diri bersih dari penyakit.

.... ini adalah sebahagian mungkin yang boleh dikatakan sebagai alasan terbaik untuk mengenakan hantaran kahwin sampai puluh-puluh ribu. Jadi, fikirkan balik .... dan cuba lihat hadith ini:

"Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yg mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad)

Tabekpuang

10 Persoalan Yang Harus Diketahui Sebelum Bertunang

Posted by Admin Friday, July 6, 2012 0 comments

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Oleh: Ustazah Maznah Daud

Wallahu’alam…

Misteriousgrapersz

20 Tanda Seorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina

Posted by Admin 0 comments

Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).

4. Anda suka bersendirian berjalan malam.

5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.…dan sebagainya…

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda. (Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Wallahua’lam

Misteriousgrapersz

5 Tips Cara-Cara Untuk Berkahwin Awal

Posted by Admin 0 comments

Ramai dalam kalangan muda zaman sekarang yang terbuka untuk mula kahwin muda. Jadi, anda semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan mudayang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga.

Rata-rata daripada anda semua sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga.

Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan.

Maklumlah, remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.

Di bawah ini merupakan perkongsian mengenai tips-tips untuk kahwin awal.

a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.

Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.

Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.

Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.

c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.

Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.

Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.

d) Mendapat restu ibu bapa.

Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.

e) Boleh bertolak ansur.

Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.

Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.

Inilah 5 tips cara-cara untuk berkahwin awal. Jika ada tersalah silap kata, harap dapat dimaafkan kerana saya ini bukanlah seorang manusia yang sempurna.

Misteriousgrapersz

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Posted by Admin 0 comments

Di sini terdapat 4 tips yang boleh kamu gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan di sini dapat membantu kamu dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang merajuk tu..hehe!..

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya...kalau diganggu seperti "merayu-rayu mau dimaafkan", itu bukan caranya ok..sabar dulu :)

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Kamu sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan kamu, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Kalau boleh layan saja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran kamu. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku...

3. Jangan bertanyakan tentang perasaan si dia

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk? apakah perasaannya? dan sebagainya. Elakkan diri kamu daripada bertanyakan apa saja jenis soalan kepadanya. Ini kerana, kehadiran kamu akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada kamu kerana kamu telah mengganggunya...bagi dia relaks selama yang mungkin..

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati kamu

Ya, adalah lebih baik kamu mengembirakan hati kamu sendiri daripada memikirkan perasaan si dia. Mungkin pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri kamu. Mungkin dengan membaca novel kegemaran kamu, atau pun melakukan hobi kesukaan seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, kamu akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu...bila dah pulih, tak payah tegur pun si dia akan tegur kamu secara automatik..maksudnya, rajuknya sudah hilang..:)

Diharapkan dengan tips yang saya kongsikan kat atas ni, dapatlah kamu gunakan untuk memujuk pasangan lelaki ataupun sahabat lelaki kamu. Mudah-mudahan si dia akan kembali mesra dan hubungan kamu akan pulih seperti sedia kala...

Sekiranya kamu mempunyai tips memujuk lain yang kamu ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kamu yang sedang merajuk itu. Bagi yang tak pernah merajuk tu, tak apa..mungkin boleh kongsikan kenapa tak pernah merajuk?..

Misteriousgrapersz

Bagaimana Ingin Mempercepat Jodoh?

Posted by Admin 0 comments

Dalam usaha untuk mempercepat mencari pasangan hidup hendaklah kita banyak berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa memperoleh berkat dan rahmat-Nya. Kerjakan segala yang diperintahkan agama dan tinggalkan segala yang dilarang oleh Islam, jika amalan-amalan yang mulia ini kita laksanakan, maka InsyaAllah akan ditentukan Allah dengan suatu yang lebih baik nantinya.

Mungkin saja lambatnya jodoh itu kerana ada hikmah yang terkandung di dalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk terjemahkannya. Mungkin juga lambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.

Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna. Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempecepat memperoleh pasangan atau jodoh hendaklah sering mengamalkan membaca “Surah Thaha”.

Tapi yang penting doa yang kita ingin pohonkan itu kita sendiri mengetahui maksudnya, oleh sebab itu cukuplah berdoa dengan bahasa yang anda fahami selepas mengerjakan solat lima waktu.

Misteriousgrapersz

10 Alasan Aku Mencintaimu

Posted by Anonymous 0 comments


-Aku perlukan teman untuk melalui Kerana hanya engkau yang akan mengerti akan bagaimana aku dan kehidupan ku, berbanding rakan temanku yang lain

-Aku perlukan kawan untuk berkongsi Kerana hanya engkau yang sanggup menerima segala kekurangan ku

-Aku perlukan bayangan untuk mengikuti Kerana bayangan mu tak kan pernah hilang dalam benak ku

-Aku perlukan mentari untuk menerangi Kerana hanya engkau yang sanggup menerangi jiwa ku yang gelap gelita

-Aku perlukan air untuk menyirami Kerana hanya engkau yang dapat menyirami hati ku hingga berbunga bunga

-Aku perlukan pohon untuk meneduhi Kerana aku perlukan peneduh jiwa ku dikala panas kerana amarah

-Aku perlukan pagi setelah gelap hari.Kerana melihat mu bagaikan melihat keindahan di pagi hari yang terdengar suara merdu burung berterbangan

-Aku perlukan tempat untuk kudiami.Karena tempat yang akan ku diami itu adalah dihati mu untuk selamanya

-Aku perlukan tersenyum setelah bersedih.Kerana senyum mu menghilangkan lelah ku

-Aku perlukan hati untuk disayangi.Kerana selama ini aku mencari belahan hati ku dan telah ku dapati di hati mu.

Tabekpuang

7 Tips Mengatasi Masalah Putus Cinta

Posted by Admin 0 comments

Malam tadi saya terima satu SMS daripada seorang kawan. SMS beliau mengatakan yang dia telah putus cinta. Situasi ini jugak banyak berlaku di facebook. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.

Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala-ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan.

Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya. Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan.

Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, 7 cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!

Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan.
Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda.
Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.

Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya.

Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda. :)

Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta