Cerita Lawak Untuk Direnung Bersama
Friday, August 3, 2012
0
comments
Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.
Berkata laa penumpang pertama, “Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?”. Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita-cita tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat. Tambahan pula, akulah President yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yang terakhir tu”.
Budak 10 tahun itu menjawab, “Jangan bimbang. Ada satu lagi beg parachute untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya”.
Moral: Jangan berlagak pandai dan mementingkan diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment