-->

Betul Betul Unik - Rumah Terbalik Borneo Di Sabah (6 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, August 23, 2012 0 comments
Sebelum ni penulis pernah post tentang Rumah Terbalik Di Jerman. Tapi sebenarnya bukan kat luar negara je ada bangunan terbalik ni, kat Malaysia pun dah ada! Tak percaya? Sila tatap gambar di bawah...
kredit gambar

kredit gambar

Rumah Terbalik Borneo yang juga dikenali sebagai "The Upside Down House of Borneo" ini terletak di Tamparuli, Sabah. Menjadi tarikan pelancongan terbaru negeri Sabah, ia adalah sebahagian daripada Kampung Kraftangan Tuaran dan merupakan satu-satunya bangunan seumpamanya di Asia Tenggara!
kredit gambar

kredit gambar

Dibina pada September 2011, rumah tersebut dibina berdasarkan ciri-ciri tradisional rumah kampung di Sabah yang lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas dan beranda. Dan yang paling menarik, semuanya dalam keadaan terbalik termasuklah barang-barang di dalamnya.
kredit gambar

kredit gambar

Satu lagi perkara yang penulis suka tentang rumah ini ialah ianya wheelchair friendly. Bagus bukan?
psst: Walaupun dalam Malaysia, masih lagi kena over-the-sea...hehe



0 comments:

Post a Comment