Koleksi Pengembaraan Dunia #9 (10 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, September 1, 2012 0 comments
Jom kita mengembara ke serata dunia!










NGERI : GAMBAR LELAKI DITETAK SAMSENG

Posted by Unknown 0 comments

Maharaja Express - Kereta Api Termewah Di India

Posted by Unknown 0 comments
Kereta api termewah di dunia ini mula beroperasi pada bulan Oktober 2010. Terdapat 43 buah kabin dan setiap satunya dilengkapi dengan 2 katil berkembar, tandas berserta bilik mandi. Sebaik sahaja menaiki Maharaja Express, penumpang pasti terpegun dengan keunikan hiasan dalaman yang bertemakan ciri tradisional India.





















Kerajaan Jerman Arah Henti Guna Internet Explorer

Posted by Unknown 0 comments
Kerajaan Jerman mengarahkan henti guna Internet Explorer.

Jerman hari ini menggesa orang ramai dari terus menggunakan IE ( Internet Explorer ) berikutan penemuan ‘pepijat’ dalam pelayar laman web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.


Perkara itu menyebabkan ratusan pengguna internet explorer menghadapi kemungkinan maklumat peribadi dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bahagian keselamatan maklumat Jerman berkata mereka menyedari sasaran penyerang dan mereka hanya perlu menarik pelayar laman web ke laman web di mana penggodam menggunakan perisian berniat jahat yang dieksploitasi oleh pepijat dalam Internet Explorer untuk menjangkiti PC mereka. Penyebaran kod lebih cepat amat dibimbangi, kata kerajaan Jerman dalam satu kenyataan. 

Betul Betul Kreatif - Poster WWF Yang Menyentuh Hati

Posted by Unknown 0 comments
Pelbagai usaha dilakukan bagi menangani masalah pencemaran dan pemanasan global. Antara cara yang dilakukan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) ialah mengeluarkan poster bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dan menggambarkan betapa seriusnya ancaman tersebut kepada alam sekitar.



















psst: WWF ni bukan yang gusti tu yer...kang ade plak yang konpius...hehehe

Sanggup Jual Buah Pinggang Sendiri Kerana Mahukan Ipad

Posted by Unknown 3 comments

Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000.

Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.

“Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang” kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, “semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang”. 

Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.

Pemerdagangan organ secara online adalah lumrah di China walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan tersebut.

Menurut statistik, terdapat lebih daripada sejuta rakyat di China yang memerlukan pemindahan organ setiap tahun tetapi hanya sekitar 10,000 sahaja yang menerima penderma organ. Hal ini membawa kepada pemerdagangan organ secara berleluasa di China.

Ibu Zheng, Miss Liu, kemudiannya memberi respon, “apabila dia (Zheng) pulang, dia mempunyai sebuah laptop dan set Apple baru”. “Saya ingin mengetahui di mana dia mendapat wang dan kemudiannya dia mengaku” tambah Miss Liu sambil menunjukkan kesan pembedahan di badan Zheng.

China memang sebuah negara yang dianggap masyarakat dunia sebagai ‘materialistic’ dan negara ‘capitalist’ baru.