-->

WOW! - Koleksi kasut yang menyedihkan (3 GAMBAR)

Posted by Unknown Wednesday, October 31, 2012 0 comments
Satu pameran kasut berhampiran Golden Gate Bridge di San Francisco mempamerkan sebanyak 1558 pasang kasut untuk mewakili orang-orang yang telah melompat dari tersebut sejak ia dibuka pada tahun 1937.


Sumber : TaoTauAjer

GEMPAR! - Wajah manusia pada batang pokok (GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Wajah manusia pada batang pokok mengemparkan penduduk Marang Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.


Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

Ikuti penjelasan lanjut di bawah ini nanti...

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - Apabila Ikan Hidup Masuk Ke Dalam Paru-Paru Budak Usia 12 Tahun (3 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Satu kejadian yang mengerikan apabila ikan hidup masuk ke dalam peparu seorang budak di India. Para doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di dalam paru-paru budak lelaki berusia 12 tahun di India. Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan.


Budak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah budak India itu semakin menurun.

Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

GEMPAK! - Kereta transform menjadi Motosikal di Gurun Sahara (8 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Hebat sungguh apabila seorang pengembara gurun sahara berjaya membuat keretanya yang rosak bertukar menjadi sebuah motosikal , mesti korang fikir kenderaan bertukar seperti dalam cerita transformers ! tidak sama sekali ..


Ia kisah benar yang belaku pada tahun 1993 dimana seorang pengembara iaitu Emile Leray merentasi Gurun Sahara dan terkandas tengah-tengah gurun tersebut kerana Citroen V vintaj rosak. 

Dengan itu Frenchman Emile Leray telah mengubah kenderaan tersebut menjadi sebuah motosikal.

Jom kita saksikan bagaimana hasilnya nanti tao ade letak gambar-gambarnya di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

PELIK! - Apabila seekor anak burung berkepala DUA dan berparuh TIGA dijumpai (3 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Pelik apabila seekor burung dengan terdapatnya 2 dua kepala dan lagi menggemparkan apabila anak burung tersebut mempunyai 3 paruh yang di jumpai di satu kawasan kediaman yang terletak di Northamton. Burung pelik dan unik tersebut di jumpai oleh seorang wanita bernama April Britt.


Britt menyedari kehadiran burung ini apabila ianya sedang berkicau pada dahan pokok di belakang rumahnya dan beliau sempat mengambil beberapa gambar.

Saksikan lagi gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

GEMPAK! - Apabila gaya-gaya pemain setelah gol di tambah Special Effect [VIDEO]

Posted by Unknown 0 comments
Seperti yang kita tau saat-saat paling meriah dan mengembirakan buat scorer atau penjaring gol adalah sewaktu mereka berjaya menghasilkan gol. Tapi korang tau tak dimana situasi tersebut boleh menjadi meriah jika kita tambahkan sedikit special effect pada rakaman saat-saat meriah tersebut.


Saksikan video di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

NGERI! - Zombie attack di miami meratah muka mangsa (5 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Internet dibanjiri dengan cerita ZOMBIE yang menjijikkan dimana tentang seorang lelaki yang tidak berbaju yang mengunyah muka mangsa seperti zombie. Pihak berkuasa mengatakan beliau mungkin berada di bawah pengaruh "bath salt", yang merupakan sejenis dadah yang disebut sebagai LSD (Legal Street Drug) baru.


Ini serangan yang dahsyat berlaku habis muka mangsa tersebut di ratah. Adegan tersebut diakhiri dengan beberapa kali das tembakan di kepala dan badan bagi menghentikan perbuatan penyerang tersebut.

Rakaman ini adalah sukar untuk melihat kerana tidak ada jambatan yang menyekat, tetapi anda tidak akan mahu melihat keadaan yang sebenar selepas melihat gambar-gambar di bawah.

Gambar bawah nie agak 18SG yer...

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Pemandangan menakjubkan Bunga Canola mekar Di China (14 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Flowering canola, Satu permandangan mata yang menakjubkan yang bukan sahaja mengagumi ia, tetapi untuk menangkap gambar yang menakjubkan ini dalam keindahannya.


Kalau korang nak tau itulah sebabnya pada pertengahan Mac di bandar Huangshan, yang terletak di timur China, dimana setiap tahun menarik beribu-ribu jurugambar dari seluruh dunia, serta pencinta keindahan alam datang sini.

Saksikan lagi gambar-gambar indah di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

KREATIF! - Penghasilan gula-gula kapas yang hanya di CHINA (7 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Kreatif sungguh hasil tangan dari negara china nie, kebiasaannya gula-gula kapas berwarna pink dan bentuk nyer tak ada la menarik sangat pon. Tapi lain ceritanya di china, dimana warna gula-gula kapas tersebut di pelbagaikan dan penghasilannya juga cukup menarik. Nie dikatakan China LEVEL! rasanyer kat malaysia tao tak de jumpe lagi nie...


Bukan main tersenyum gula-gula kapas dye mencanak tinggi.

Jom saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini betapa kreatif dan hebatnya mereka menghasilkan gula-gula kapas...

Sumber : TaoTauAjer

SUBHANALLAH! - Pantai unik tanpa lautan di Spanyol (6 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Sebuah pantai pasti nyer memiliki hamparan laut yang luas. Biasanya, orang datang ke pantai untuk bermain air dan menikmati ombak. Tapi ada pantai berbeza dari lain-lain pantai di dunia ini dimana terdapat satu pantai yang berada di salah satu bandar kecil di Spanyol.


Pantai ini bernama Playa de Gulpiyuri atau sering juga disebut Pantai Gulpiyuri. Pantai ini terletak di sebuah pantai kecil dekat dengan pinggir pantai sebelah utara Spanyol, dekat dengan Llames.

Jom kita lihat lagi gambar-gambar Pantai Gulpiyuri di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

KEJAM! - Kereta kebal menggilis mayat sehingga hancur (5 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.


Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim.

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - Apabila Kapal Layar menyelam di bawah permukaan Ais Antartika (7 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Empat krew brazil membuat pengambaran dokumentari berhampiran dengan pantai Antartika apabila satu kapal layar deorang Mar Sem Fim (Endless Sea) terperangkap di dalam lapisan air. 

Tekanan yang dikenakan terhadap kapal yangberada di bawah lapisan air tersebut menyebabkan kerosakan, tetapi orang yang berada di dalam kapal tersebut sebelum itu telah di selamatkan oleh Tentera Laut Chile tanpa sebarang kecederaan.


Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

DAHSYAT! - Kereta menjadi leper selepernya dalam satu kemalangan (5 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Oh! giller dahsyat kereta nie sampai jadi penyek macam nie... sebelum nie jugak tao ade tunjukkan kat korang dimana kereta BMW mewah menjadi leper apabila di hempap slab tapi kejadian kali ini lagi dahsyat penyek terus agak-agaknyer di hempap ape nie yer???


Nak tau ape yang menyebabkan kereta nie jadi macam nie? saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini..

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Jom mengintip rakaman MOVIE Iron Man 3 (7 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Kehangatan filem SuperHero The Avanger yang box office telah berlalu kini The Iron man pulak di beri perhatian dimana Filem Iron man 3 yang dalam pembikinan telah terbongkar gambar-gambarnya di internet. Dimana terdapat gambar Tony Stark berdiri hihadapan dengan pelbagai suit iron man yang terbaru.


Lihat lah ade berapa suit iron man tu... ok saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini lagi...

Sumber : TaoTauAjer

SADIS! - Kisah Nelayan Pemburu Mayat di Sungai (3 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Pekerjaan yang dilakukan seorang nelayan di China ini tao rasa paling aneh di dunia. Wei Xinpeng, nama lelaki tersebut dimana beliau, biasanya memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, kerap kali memulai harinya dengan bertengong sambil merokok di tepi sungai.


Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah mati kemalangan, dibunuh, ataupun bunuh diri.

Ikuti lagi kisah seorang pemburu mayat di sungai ini lagi di bawah...

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - Ular ini masih mengganas meskipun kepala sudah putus [VIDEO]

Posted by Unknown 0 comments
Satu video yang di rakamkan di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang, dimana ular yang hanya tinggal kepala tersbut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa.


Saksikan video di bawah ini.....

Sumber : TaoTauAjer

PELIK! - Wajah Osama Bin Laden Pada Tubuh Ketam (2 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.


Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut.

Sumber : TaoTauAjer

UNIK! - Telan ikan hidup untuk ubati asma

Posted by Unknown 0 comments
Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.


Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.

Sumber : TaoTauAjer

HOT! - Gambar plate no WWW1 Sultan Johor di gunakan pada Proton Satria Neo (2 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Hebohnya haritu kontroversi pasal kes pembelian nombor plate WW1 bernilai setengah juta yang berjaya dimiliki oleh Sultan Johor, kini nombor plate tersebut telah di gunakan dan gambarnya telah beredar di laman sosial Facebook dan juga Twitter.


Kalau korang nak tau, nombor plate yang mahal tersebut di gunakan pada kenderaan Nasional malaysia iaitu Proton, Proton satria neo.

Dimana no plate pendaftaran WWW1 tersebut telah digunapakai pada kenderaan biasa-biasa jer bukan lah salah satu dari kenderaan mewah milik Sultan, yang seperti mana kita tahu Sultan mempunyai pelbagai koleksi kenderaan-kenderaan mewah yang selalu di bawa di mana beliau pergi.

Saksikan gambar kenderaan Sultan Johor di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Pembongkaran - Kenderaan remuk langgar basikal bukan Proton (6 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Berapa hari lepas hebohnya akan penyebaran gambar dimana kenderaan remuk apabila melanggar sebuah basikal, di ada yang mengatakan ia adalah kenderaan nasional kita iaitu proton yang begitu lembik. 

Ada yang mengatakan ia kenderaan Proton BLM dan ade pulak yang agak bangang mengatakan ia sebuah kenderaan Proton Waja. Disini tao akan menjelaskan kenderaan apa sebenarnya yang remuk melanggar basikal ini...


Kereta nie remuk langgar basikal... rim basikal jer yang gelong

Ikuti penjelasan dari tao di bawah ini... kenderaan apa yang jadi macam ini...

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Ayam tanpa kepala mampu hidup selama 2 tahun (7 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Korang masih ingat akan kejadian ayam yang telah disembelih tapi masih hidup di perak bulan lepas tao paparkan? 

Dalam artikel tersebut dimana kejadian ayam hidup walaupun kepala sudah putus pernah berlaku pada 60 tahun yang lepas? lebih tepat pada 2012 ini peristiwa seperti itu berlaku pada 67 tahun yang lepas. Dimana seekor ayam yang juga di sembelih tapi hidup bukan 2 minggu tetapi 2 tahun.


Kejadian ini berlaku pada 10 September 1945, dimana seekor ayam yang dipelihara oleh Clara Olsen dan suaminya yang dinamakan MIKE, Llyod Olsen mampu bertahan hidup sehingga 2 tahun lamanya setelah kehilangan kepalanya akibat satu insiden yang terjadi di rumah keluarga Olsen.

ikuti lagi akan kisah ayam tak berkepala dan penjelasan bagaimana ayam tanpa kepala ini mampu hidup selama 2 tahun.....

Sumber : TaoTauAjer

TAU TAK? - Formasi awan berbentuk NAGA di sabah ialah Shelf Cloud (10 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
Pada sehari yang lepas formasi awan di Sabah menjadi tarikan perhatian orang ramai dengan formasi-formasi yang jarang-jarang di lihat. Dengan melihat gambar-gambar di bawah ini pastinya kita akan beranggapan formasi awan berkenaan sebagai sesuatu yang amat unik. Pada Jan 2012 lepas juga telah berlaku fenomena yang unik dimana Awan Tsunami yang mengerunkan disaksikan di Malaysia.


Dalam bulatan formasi awan tersebut seperti kepala seekor naga di udara

Apa yang dapat kita lihat di sini memang benar, ia sesuatu yang lain dari yang lain... kalau kita perhatikan betul-betul formasi awan tersebut seperti membentuk seekor naga berkeliaran di ruang udara.

Gambar ini banyak tersebar di Facebook dan dilaporkan diambil di Kota Kinabalu, Sabah. Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini.....

Sumber : TaoTauAjer

GEMPAR! - Misteri Cahaya aneh seperti mata tertangkap di langit Bandung (2 GAMBAR)

Posted by Unknown 1 comments
Kota Bandung di gemparkan dengan cahaya aneh berbentuk Objek seperti mata bercahaya merah muda berjaya di rakamkan. Fenomena ini menjadi kepelikan rakyat bandung dan tidak dapat di kenalpasti akan berlakunya fenomena ini. Sebelum nie pernah berlaku satu fenomena aneh di mana suara aneh di rakamkan dari langit.


Cahaya aneh berbentuk mata di langit Kota Bandung terakam kamera telefon bimbit warga Cibaduyut, Zahra, pada Rabu 27 Jun 2012. Cahaya itu membuat banyak orang kepelikan.

ikuti kisah misteri di bawah...

Sumber : TaoTauAjer

WTF! - Gila Azarbaijan Pindahkan Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Posted by Unknown 1 comments
Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.


Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Sumber : TaoTauAjer
Posted by Unknown Thursday, October 18, 2012 0 comments
Kitab-Kitab Hadis

Hadis-hadis Nabi saw yang terdiri daripada tutur kata, perbuatan, pengiktirafan (taqrir) dan sifat baginda Rasulullah saw telah pun dikumpul di zaman lalu. Para ulama zaman silam sudah pun membukukan dengan menggunakan kaedah-kaedah penyaringan yang telah disepakati para ulama’. Cara pengumpulannya melalui beberapa cara, antaranya;

1. Masanid

Ia adalah kata jamak dari perkataan musnad iaitu, kitab yang mengandungi hadis-hadis Nabi saw berdasarkan riwayat seseorang sahabat yang meriwayatkannya. Bagaimanapun tidak diambil kira samada hadis tersebut berstatus sahih atau daif.

Nama-nama sahabat itu disusun samada mengikut tertib keislaman mereka atau dengan cara mengikut susunan abjad ataupun dengan cara mengikut kabilah, negara kelahiran serta nama keluarga dan selainnya.

Contoh : Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H), Musnad Abu Daud Al-Thayalisi (wafat 203H), Musnab ‘Ubaidullah bin Musa (wafat 213H) dan banyak lagi musnad-musnad yang lain.

2. Musannafat

Ia adalah kata jamak dari musannaf, merupakan kitab hadis yang disusun secara ringkas dalam beberapa bab fiqh dan agama yang tidak lengkap dan tidak secara khusus. Topik yang dibentangkannya tidak lengkap seperti kitab Jamik yang merangkumi semua topik agama dan tidak juga lengkap dalam topik fiqh sepertimana kitab Sunan.

Contoh : Musannaf oleh Waki’ bin al-Jirah (wafat 197H), Hammad bin Salamah (wafat 167H) dan beberapa lagi.

Di dalam musannafat ini pelbagai hadis yang bertaraf marfuk. mauquf dan juga maqthu’.

3. Sihah

Ia adalah kata jamak dari sahih dan merupakan kitab hadis yang disusun berdasarkan himpunan hadis-hadis yang paling sahih dengan mengeluarkan semua hadis-hadis yang lemah dan tidak menepati syarat hadis sahih.

Contoh : Imam al-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H).

Kedua kitab ini telah menjadi panduan dan rujukan kitab-kitab hadis yang paling utama selepas itu samada dari sudut manhaj atau kesahihannya.

4. Jamik

Ia adalah kitab hadis yang dikumpulkan setiap hadis menurut topik yang lebih besar dikenali sebagai kitab, seperti kitab akidah, kitab iman, kitab adab, kitab musafir dan sebagainya.

Contoh : Jamik al-Sahih – Imam al-Bukhari, Jamik Sunan - Imam al-Tirmidzi (wafat 279H), Jamik al-Saghir – Sufyan al-Tsauri (wafat 161H).

5. Sunan

Ia merupakan kitab hadis yang ditulis dengan cara urutannya didasarkan pada tajuk-tajuk fiqh menurut ahli fiqh seperti dimulakan dengan bab ilmu, bab iman, bab bersuci, bab solat, bab zakat, bab puasa dan lain-lain.

Kurun ketiga yang merupakan kemuncak kegemilangan keilmuan Islam telah menyaksikan banyak hasil pengumpulan hadis dalam bentuk sunan, antaranya;

Contoh : Sunan Abu Daud (wafat 275H), Sunan Ibnu Majah (wafat 273H), Sunan al-Nasa’I (wafat 303H) dan lain-lain.

Keempat-empat kitab sunan yang masyhur di kalangan umat Islam adalah Jamik Sunan al-Tirmidzi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibn Majah dan Sunan al-Nasa’i.

(Rujukan : Sejarah Perkembangan Hadis – Rosli Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain)

Sumber Dari Internet - Langkah Penapisan Pengambilannya

Posted by Unknown Wednesday, October 17, 2012 0 comments
Sumber Dari Internet - Langkah Penapisan Pengambilannya

PENDAHULUAN


Surah Al Baqarah [2] : [255]

.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara mengenai ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.

Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.

Internet mempunyai ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.

(Maksud ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil)

Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir Al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.

PERBINCANGAN

Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ianya dari sumber yang tulin?

1. Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar

49. Al-Hujuraat [49] : 6

6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat ‘muqaddimah’ laman web tersebut. Contoh mudah, dari blog ini sendiri.

Pertama : Kami meletakkan (Surah Al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.

Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) dan membenarkan kerasulannya (Surah Al-Ahzab [33]: 21).

Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) di ancam ke neraka. Ia adalah ikrar bahawa hadis di dalam blog ini adalah dipercayai.

Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anhum (r.a).

Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara ‘keempat’ di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.

Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;

Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis, tetapi sila lihat muka depan laman web ini (Answering Islam). Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.

Contoh 2 : Jemaah Al-Quran – Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada Al-Quran. Tapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka. Sila lihat laman ‘page’ ini (Keluar Dari Kejumudan), dimana beliau mencela kesahihan sahih Bukhari dan seluruh kitab hadis sahih yang lain.

Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.

Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw sama seperti menolak Al-Quran. Menolak Al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.

Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;

Surah An-Nisaa' [4] : 14

14. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.

Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui Al-Quran dan As-Sunnah;

Surah An-Nisaa' [4] : 13

13. ....... Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Zaharuddin, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.

Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.

PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir Al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca ‘muqaddimah’ mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.

Malah Al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah Al-Fatihah [1] : 1-2).

2. Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan

Surah An-Nuur [24] : 11

11. .... Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

a. Al-Quran

Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;

‘Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya’.

Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari Al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;

‘...Allah Ta’ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....’

Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari Al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.

b. Hadis

Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta dimanakah hadis itu diambil berserta periwayatannya. Contoh;

Contoh hadis 1 : Dari Anas r.a :"Sekali pandang muka orang alim adalah lebih aku sukainya daripada ibadah enam puluh tahun; puasanya dan qiamulailnya."

(MAUDHU’ / Hadis PALSU, [0035] Jilid ke-2, bab Mengenai Keutamaan Ilmu - HImpunan Hadis-Hadis Maudhu [Edaran : Al-Hidayah Publishers]

Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah

Sekiranya hanya ditulis, ‘Nabi saw bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman’, tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan ‘sabar separuh dari iman’ itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;

Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."

c. Artikel atau Tulisan lainnya

c.1. Tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com / Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,

‘Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...’

Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;

Surah Asy-Syuura [42] : 51

51. Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.

Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah saw) mengatakan bermimpi mendengar tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.

c.2. Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.

Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).

Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. (Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf )

Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.

3. Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama

Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)

Surah An-Nuur [12] : 24

12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti).

Surah An-Nuur [24] : 15

15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.

Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.

Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam Al-Quran dan hadis;

Surah An-Nuur [24] : 15

15. ......kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082] Sahih Muslim

Surah Al-Qalam [68] : 10-13

10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya).

PENUTUP

Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).

Surah Faathir [35] : 38

38. Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.

Surah Ali 'Imran [3] : 104

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Rujukan :

Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas

Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir

Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]

The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A’zami]

Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf Al-Qaradawi]

Posted by Unknown 0 comments
Imam Nasa'i

Nama penuh beliau ialah al-Hafidz Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Khurasani al Nasa’i.

Imam Nasa'i juga merupakan tokoh ulama kenamaan ahli hadis pada masanya. Selain Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami' At-Tirmidzi, juga karya besar Imam Nasa'i, Sunan us-Sughra termasuk jajaran kitab hadis pokok yang dapat dipercayai dalam pandangan ahli hadis dan para pengkritik hadis.

Ia adalah seorang imam ahli hadis syaikhul Islam sebagaimana diungkapkan az-Zahabi dalam Tazkirah-nya Abu 'Abdurrahman Ahmad bin 'Ali bin Syu'aib 'Ali bin Sinan bin Bahr al-Khurasani al-Qadi, pengarang kitab Sunan dan kitab-kitab berharga lainnya. Juga ia adalah seorang ulama hadis yang jadi ikutan dan ulama terkemuka melebihi para ulama yang hidup pada zamannya.

Dilahirkan di sebuah tempat bernama Nasa' pada tahun 215 H. Ada yang mengatakan pada tahun 214 H.

Pengembaraannya

Ia lahir dan tumbuh berkembang di Nasa', sebuah kota di Khurasan yang banyak melahirkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar. Di madrasah negeri kelahirannya itulah ia menghafal Al-Qur'an dan dari guru-guru negerinya ia menerima pelajaran ilmu-ilmu agama yang pokok. Setelah meningkat remaja, ia senang mengembara untuk mendapatkan hadis.

Belum lagi berusia 15 tahun, ia berangkat mengembara menuju Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah. Kepada ulama-ulama negeri tersebut ia belajar hadis, sehingga ia menjadi seorang yang sangat terkemuka dalam bidang hadis yang mempunyai sanad yang 'Ali (sedikit sanadnya) dan dalam bidang kekuatan periwayatan hadis.

Nasa'i merasa sesuai tinggal di Mesir. Kerananya, ia kemudian menetap di negeri itu, di jalan Qanadil. Dan seterusnya menetap di kampung itu hingga setahun menjelang wafatnya. Kemudian ia berpindah ke Damsyik. Di tempatnya yang baru ini ia mengalami suatu peristiwa tragis yang menyebabkan ia menjadi syahid. Alkisah, ia dimintai pendapat tentang keutamaan Mu'awiyyah r.a. Tindakan ini seakan-akan mereka minta kepada Nasa'i agar menulis sebuah buku tentang keutamaan Mu'awiyyah, sebagaimana ia telah menulis mengenai keutamaan Ali r.a.

Oleh kerana itu ia menjawab kepada penanya tersebut dengan "Tidakkah Engkau merasa puas dengan adanya kesamaan darjat (antara Mu'awiyyah dengan Ali), sehingga Engkau merasa perlu untuk mengutamakannya?" Mendapat jawaban seperti ini mereka naik pitam, lalu memukulinya sampai-sampai buah kemaluannya pun dipukul, dan menginjak-injaknya yang kemudian menyeretnya keluar dari masjid, sehingga ia nyaris menemui kematiannya.

Wafatnya
Tidak ada kesepakatan pendapat tentang di mana ia meninggal dunia. Imam Daraqutni menjelaskan, bahawa di saat mendapat cubaan tragis di Damsyik itu ia meminta supaya dibawa ke Makkah. Permohonannya ini dikabulkan dan ia meninggal di Makkah, kemudian dikebumikan di suatu tempat antara Safa dan Marwah. Pendapat yang sama dikemukakan pula oleh Abdullah bin Mandah dari Hamzah al-'Uqbi al-Misri dan ulama yang lain.

Imam az-Zahabi tidak sependapat dengan pendapat di atas. Menurutnya yang benar ialah bahawa Nasa'i meningal di Ramlah, suatu tempat di Palestina. Ibn Yunus dalam Tarikhnya setuju dengan pendapat ini, demikian juga Abu Ja'far at-Tahawi dan Abu Bakar bin Naqatah. Selain pendapat ini menyatakan bahawa ia meninggal di Ramlah, tetapi yang jelas ia dikebumikan di Baitul Maqdis. Ia wafat pada tahun 303 H.

Sifat-sifatnya

Ia bermuka tampan. Warna kulitnya kemerah-merahan dan ia senang mengenakan pakaian garis-garis buatan Yaman. Ia adalah seorang yang banyak melakukan ibadah, baik di waktu malam atau siang hari, dan selalu beribadah haji dan berjihad.

Ia sering ikut bertempur bersama-sama dengan gabenor Mesir. Mereka mengakui kesatriaan dan keberaniannya, serta sikap konsistensinya yang berpegang teguh pada sunnah dalam menangani masalah penebusan kaum Muslimin yang tetangkap lawan.

Dengan demikian ia dikenal senantiasa "menjaga jarak" dengan majlis sang Amir, padahal ia tidak jarang ikut bertempur besamanya. Demikianlah. Maka, hendaklah para ulama itu senantiasa menyebar luaskan ilmu dan pengetahuan. Namun ada panggilan untuk berjihad, hendaklah mereka segera memenuhi panggilan itu. Selain itu, Nasa'i telah mengikuti jejak Nabi Dawud, sehari puasa dan sehari tidak.

Fiqh Nasa'i

Ia tidak saja ahli dan hafal hadis, mengetahui para perawi dan kelemahan-kelemahan hadis yang diriwayatkan, tetapi ia juga ahli fiqh yang berwawasan luas.

Imam Daraqutni pernah berkata mengenai Nasa'i bahawa ia adalah salah seorang Syaikh di Mesir yang paling ahli dalam bidang fiqh pada masanya dan paling mengetahui tentang hadis dan perawi-perawi.

Ibnul Asirr al-Jazairi menerangkan dalam mukadimah Jami'ul Usul-nya, bahawa Nasa'i bermazhab Syafi'i dan ia mempunyai kitab Manasik yang ditulis berdasarkan mazhab Syafi'i, rahimahullah.

Karya-karyanya

Imam Nasa'i telah menulis beberapa kitab besar yang tidak sedikit jumlahnya. Di antaranya:

1. As-Sunan ul-Kuba.

2. As-Sunan us-Sughra, tekenal dengan nama Al-Mujtaba.

3. Al-Khasa'is.

4. Fada'ilus-Sahabah.

5. Al-Manasik.

Di antara karya-karya tersebut, yang paling besar dan bemutu adalah Kitab As-Sunan.

Sekilas tentang Sunan An-Nasa'i

Nasa'i menerima hadis dari sejumlah guru hadis terkemuka. Di antaranya ialah Qutaibah Imam Nasa'i Sa'id. Ia mengunjungi Qutaibah ketika berusia 15 tahun, dan selama 14 bulan belajar di bawah asuhannya. Guru lainnya adalah Ishaq bin Rahawaih, al-Haris bin Miskin, 'Ali bin Khasyram dan Abu Dawud penulis as-Sunan, serta Tirmidzi, penulis al-Jami'.

Hadis-hadisnya diriwayatkan oleh para ulama yang tidak sedikit jumlahnya. Antara lain Abul Qasim at-Tabarani, penulis tiga buah Mu'jam, Abu Ja'far at-Tahawi, al-Hasan bin al-Khadir as-Suyuti, Muhammad bin Mu'awiyyah bin al-Ahmar al-Andalusi dan Abu Bakar bin Ahmad as-Sunni, perawi Sunan Nasa'i.

Ketika Imam Nasa'i selesai menyusun kitabnya, As-Sunan ul-Kubra, ia lalu menghadiahkannya kepada Amir ar-Ramlah. Amir itu bertanya: "Apakah isi kitab ini sahih seluruhnya?" "Ada yang sahih, ada yang hasan dan ada pula yang hampir serupa dengan keduanya," Jawabnya. "Kalau demikian," kata sang Amir, "Pisahkan hadis-hadis yang sahih saja."

Atas permintaan Amir ini maka Nasa'i berusaha menasingkannya, memilih yang sahih-sahih saja, kemudian dihimpunnya dalam suatu kitab yang dinamakan As-Sunan us-Sughra dan kitab ini disusun menurut sistematika fiqh sebagaimana kitab-kitab Sunan yang lain.

Imam Nasa'i sangat teliti dalam menyusun kitab Sunan us-Sughra. Kerananya, ulama berkata: "Kedudukan kitab Sunan Sughra ini di bawah darjat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kerana sedikit sekali hadis dha'if yang terdapat di dalamnya."

Oleh kerana itu, kita dapatkan bahawa hadis-hadis Sunan Sughra yang dikritik oleh Abul Faraj ibnul al-Jauzi dan dinilainya sebagai hadis maudhu' kepada hadis-hadis tersebut tidak sepenuhnya dapat diterima. As-Suyuti telah menyanggahnya dan mengemukakan pandangan yang berbeza dengannya mengenai sebahagian besar hadis yang dikritik itu.

Dalam Sunan Nasa'i terdapat hadis-hadis shahih, hasan, dan dha'if, hanya saja hadis yang dha'if sedikit sekali jumlahnya. Adapun pendapat sebahagian ulama yang menyatakan bahawa isi kitab Sunan ini sahih semuanya, adalah suatu anggapan yang sambil lewa, tanpa didukung oleh penelitian mendalam. Atau maksud pernyataan itu adalah bahawa sebahagian besar ini Sunan adalah hadis sahih.

Sunan us-Sughra inilah yang dikategorikan sebagai salah satu kitab hadis pokok yang dapat dipercaya dalam pandangan ahli hadis dan para pengkritik hadis. Sedangkan Sunan ul-Kubra, metode yang ditempuh Nasa'i dalam penyusunannya adalah tidak meriwayatkan sesuatu hadis yang telah disepakati oleh ulama kritik hadis untuk ditinggalkan.

Apabila sesuatu hadis yang dinisbahkan kepada Nasa'i, misalnya dikatakan, "hadis riwayat Nasa'i", maka yang dimaksudkan ialah "riwayat yang di dalam Sunan us-Sughra, bukan Sunan ul-Kubra", kecuali yang dilakukan oleh sebahagian kecil para penulis.

Hal itu sebagaimana telah diterangkan oleh penulis kitab 'Aunul-Ma'bud Syarhu Sunan Abi Dawud pada bahagian akhir huraiannya: "Ketahuilah, pekataan al-Munziri dalam Mukhtasar-nya dan perkataan al-Mizzi dalam Al-Atraf-nya, hadith ini diriwayatkan oleh Nasa'i", maka yang dimaksudkan ialah riwayatnya dalam As-Sunan ul-Kubra, bukan Sunan us-Sughra yang kini beredar di hampir seluruh negeri, seperti India, Arabia, dan negeri-negeri lain.

Sunan us-Sughra ini merupakan ringkasan dari Sunan ul-Kubra dan kitab ini hampir-hampir sulit ditemukan. Oleh kerana itu hadis-hadis yang dikatakan oleh al-Munziri dan al-Mizzi, "diriwayatkan oleh Nasa'i" adalah tedapat dalam Sunan ul-Kubra. Kita tidak perlu bingung dengan tiadanya kitab ini, sebab setiap hadis yang tedapat dalam Sunan us-Sughra, terdapat pula dalam Sunanul-Kubra dan tidak sebaliknya.

Mengakhiri pengkajian ini, perlu ditegaskan kembali, bahawa Sunan Nasa'i adalah salah satu kitab hadis pokok yang menjadi pegangan.

Sumber: Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.

Koleksi Hadis Nabi
Posted by Unknown 0 comments
Imam Abu Dawud

Abu Dawud nama lengkapnya ialah Sulaiman bin al-Asy'as bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin 'Amr al-Azdi as-Sijistani, seorang imam ahli hadis yang sangat teliti, tokoh terkemuka para ahli hadis setelah dua imam hadith Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab Sunan. Ia dilahirkan pada tahun 202 H/817 M di Sijistan.

Perkembangan dan Perlawatannya

Sejak kecilnya Abu Dawud sudah mencintai ilmu dan para ulama, bergaul dengan mereka untuk dapat mereguk (menikmati) dan menimba ilmunya. Belum lagi mencapai usia dewasa, ia telah mempersiapkan dirinya untuk mengadakan perlawatan, mengelilingi berbagai negeri. Ia belajar hadis dari para ulama yang tidak sedikit jumlahnya, yang dijumpainya di Hijaz, Syam, Mesir, Irak, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain.

Perlawatannya ke berbagai negeri ini membantu dia untuk memperoleh pengetahuan luas tentang hadis, kemudian hadis-hadis yang diperolehnya itu disaring dan hasil penyaringannya dituangkan dalam kitab As-Sunan. Abu Dawud mengunjungi Baghdad berkali-kali. Di sana ia mengajarkan hadis dan fiqh kepada para penduduk dengan memakai kitab Sunan sebagai pegangannya. Kitab Sunan karyanya itu diperlihatkannya kepada tokoh ulama hadis, Ahmad bin Hanbal.

Dengan bangga Imam Ahmad memujinya sebagai kitab yang sangat indah dan baik. Kemudian Abu Dawud menetap di Basrah atas permintaan gabenor setempat yang menghendaki supaya Basrah menjadi "Ka'bah" bagi para ilmuwan dan peminat hadis.

Guru-gurunya

Para ulama yang menjadi guru Imam Abu Dawud banyak jumlahnya. Di antaranya guru-guru yang paling terkemuka ialah Ahmad bin Hanbal, al-Qa'nabi, Abu 'Amr ad-Darir, Muslim bin Ibrahim, Abdullah bin Raja', Abu'l Walid at-Tayalisi dan lain-lain. Sebahagian gurunya ada pula yang menjadi guru Imam Bukhari dan Imam Muslim, seperti Ahmad bin Hanbal, Usman bin Abi Syaibah dan Qutaibah bin Sa'id.

Murid-muridnya (Para Ulama yang Mewarisi Hadisnya)

Ulama-ulama yang mewarisi hadisnya dan mengambil ilmunya, antara lain Abu 'Isa at-Tirmidzi, Abu Abdur Rahman an-Nasa'i, putranya sendiri Abu Bakar bin Abu Dawud, Abu Awanah, Abu Sa'id al-A'rabi, Abu Ali al-Lu'lu'i, Abu Bakar bin Dassah, Abu Salim Muhammad bin Sa'id al-Jaldawi dan lain-lain.

Cukuplah sebagai bukti pentingnya Abu Dawud, bahawa salah seorang gurunya, Ahmad bin Hanbal pernah meriwayatkan dan menulis sebuah hadis yang diterima daripadanya. Hadis tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Hammad bin Salamah dari Abu Ma'syar ad-Darami, dari ayahnya, sebagai berikut: "Rasulullah SAW ditanya tentang 'atirah, maka ia menilainya baik."

Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji

Abu Dawud adalah salah seorang ulama yang mengamalkan ilmunya dan mencapai darjat tinggi dalam ibadah, kesucian diri, wara' dan kesolehannya. Ia adalah seorang manusia utama yang patut diteladani perilaku, ketenangan jiwa dan keperibadiannya. Sifat-sifat Abu Dawud ini telah diungkapkan oleh sebahagian ulama yang menyatakan:

"Abu Dawud menyerupai Ahmad bin Hanbal dalam perilakunya, ketenangan jiwa dan kebagusan pandangannya serta keperibadiannya.

Ahmad dalam sifat-sifat ini menyerupai Waki', Waki menyerupai Sufyan as-Sauri, Sufyan menyerupai Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha'i, Ibrahim menyerupai 'Alqamah dan ia menyerupai Ibn Mas'ud. Sedangkan Ibn Mas'ud sendiri menyerupai Nabi SAW dalam sifat-sifat tersebut." Sifat dan keperibadian yang mulia seperti ini menunjukkan atas kesempurnaan keberagamaan, tingkah laku dan akhlak.

Abu Dawud mempunyai pandangan dan falsafah sendiri dalam cara berpakaian. Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Seseorang yang melihatnya bertanya tentang hal ini, ia menjawab: "Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. Jadi, kalau dibuat lebar, hanyalah berlebih-lebihan.

Pujian Para Ulama Kepadanya

Abu Dawud adalah juga merupakan "bendera Islam" dan seorang hafiz yang sempurna, ahli fiqh dan berpengetahuan luas terhadap hadis dan ilat-ilatnya (kecacatannya). Ia memperoleh penghargaan dan pujian dari para ulama, terutama dari gurunya sendiri, Ahmad bin Hanbal. Al-Hafiz Musa bin Harun berkata mengenai Abu Dawud:

"Abu Dawud diciptakan di dunia hanya untuk hadis, dan di akhirat untuk syurga. Aku tidak melihat orang yang lebih utama melebihi dia."

Sahal bin Abdullah At-Tistari, seorang yang alim mengunjungi Abu Dawud. Lalu dikatakan kepadanya: "Ini adalah Sahal, datang berkunjung kepada tuan. "Abu Dawud pun menyambutnya dengan hormat dan mempersilakan duduk. Kemudian Sahal berkata: "Wahai Abu Dawud, saya ada keperluan kepadamu." Ia bertanya: "Keperluan apa?" "Ya, akan saya utarakan nanti, asalkan engkau berjanji akan memenuhinya sedapat mungkin," jawab Sahal. "Ya, aku penuhi maksudmu selama aku mampu," jawab Abu Dawud.

Lalu Sahal berkata: "Jujurkanlah lidahmu yang engkau pergunakan untuk meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW. sehingga aku dapat menciumnya." Abu Dawud pun lalu menjulurkan lidahnya yang kemudian dicium oleh Sahal.

Ketika Abu Dawud menyusun kitab Sunan, Ibrahim al-Harbi, seorang ulama ahli hadis berkata: "Hadis telah dilunakkan bagi Abu Dawud, sebagaimana besi dilunakkan bagi Nabi Dawud." Ungkapan ini adalah kata-kata simbolik dan perumpamaan yang menunjukkan atas keutamaan dan keunggulan seseorang di bidang penyusunan hadis. Ia telah mempermudah yang sulit, mendekatkan yang jauh dan memudahkan yang masih rumit dan pelik.

Abu Bakar al-Khallal, ahli hadis dan fiqh terkemuka yang bermadzhab Hanbali, menggambarkan Abu Dawud sebagai berikut; Abu Dawud Sulaiman bin al-Asy'as, imam terkemuka pada zamannya adalah seorang tokoh yang telah menggali beberapa bidang ilmu dan mengetahui tempat-tempatnya, dan tiada seorang pun pada masanya yang dapat mendahului atau menandinginya. Abu Bakar al-Asbihani dan Abu Bakar bin Sadaqah senantiasa menyinggung-nyingung Abu Dawud kerana ketinggian darjatnya, dan selalu menyebut-nyebutnya dengan pujian yang tidak pernah mereka berikan kepada siapa pun pada masanya.

Madzhab Fiqh Abu Dawud

Syaikh Abu Ishaq asy-Syairazi dalam asy-Syairazi dalam Tabaqatul-Fuqaha-nya menggolongkan Abu Dawud ke dalam kelompok murid-murid Imam Ahmad. Demikian juga Qadi Abu'l-Husain Muhammad bin al-Qadi Abu Ya'la (wafat 526 H) dalam Tabaqatul-Hanabilah-nya. Penilaian ini nampaknya disebabkan oleh Imam Ahmad merupakan gurunya yang istimewa. Menurut satu pendapat, Abu Dawud adalah bermadzhab Syafi'i.

Menurut pendapat yang lain, ia adalah seorang mujtahid sebagaimana dapat dilihat pada gaya susunan dan sistematika Sunan-nya. Terlebih lagi bahawa kemampuan berijtihad merupakan salah satu sifat khas para imam hadis pada masa-masa awal.

Memandang Tinggi Kedudukan Ilmu dan Ulama
Sikap Abu Dawud yang memandang tinggi terhadap kedudukan ilmu dan ulama ini dapat dilihat pada kisah berikut sebagaimana dituturkan, dengan sanad lengkap, oleh Imam al-Khattabi, dari Abu Bakar bin Jabir, pembantu Abu Dawud. Ia berkata:

"Aku bersama Abu Dawud tinggi di Baghdad. Pada suatu waktu, ketika kami selesai menunaikan shalat Maghrib, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang, lalu pintu aku buka dan seorang pelayan melaporkan bahawa Amir Abu Ahmad al-Muwaffaq mohon izin untuk masuk. Kemudian aku melapor kepada Abu Dawud tentang tamu ini, dan ia pun mengizinkan. Sang Amir pun masuk, lalu duduk. Tak lama kemudian Abu Dawud menemuinya seraya berkata: "Gerangan apakah yang membawamu datang ke sini pada saat seperti ini?"

"Tiga kepentingan," jawab Amir. "Kepentingan apa?" tanyanya. Amir menjelaskan, "Hendaknya tuan berpindah ke Basrah dan menetap di sana, supaya para penuntut ilmu dari berbagai penjuru dunia datang belajar kepada tuan; dengan demikian Basrah akan makmur kembali. Ini mengingatkan bahawa Basrah telah hancur dan ditinggalkan orang akibat tragedi Zenji."

Abu Dawud berkata: "Itu yang pertama, sebutkan yang kedua!"

"Hendaknya tuan berkenan mengajarkan kitab Sunan kepada putera-puteraku," kata Amir.

"Ya, ketiga?" Tanya Abu Dawud kembali.

Amir menerangkan: "Hendaknya tuan mengadakan majlis tersendiri untuk mengajarkan hadis kepada putera-putera khalifah, sebab mereka tidak mahu duduk bersama-sama dengan orang umum."

Abu Dawud menjawab: "Permintaan ketiga tidak dapat aku penuhi; sebab manusia itu baik pejabat terhormat mahupun rakyat melarat, dalam bidang ilmu sama."

Ibn Jabir menjelaskan: "Maka sejak itu putera-putera khalifah hadir dan duduk bersama di majlis taklim; hanya saja di antara mereka dengan orang umum di pasang tirai, dengan demikian mereka dapat belajar bersama-sama."

Maka hendaknya para ulama tidak mendatangi para raja dan penguasa, tetapi merekalah yang harus datang kepada para ulama. Dan kesamaan darjat dalam ilmu dan pengetahuan ini, hendaklah dikembangkan apa yang telah dilakukan Abu Dawud tersebut.

Wafatnya

Setelah mengalami kehidupan penuh berkat yang diisi dengan aktiviti ilmiah, menghimpun dan menyebarluaskan hadis, Abu Dawud meninggal dunia di Basrah yang dijadikannya sebagai tempat tinggal atas permintaan Amir sebagaimana telah diceritakan. Ia wafat pada tanggal 16 Syawwal 275 H/889M. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan redha-Nya kepadanya.

Karya-karyanya

Imam Abu Dawud banyak memiliki karya, antara lain:

1. Kitab AS-Sunnan (Sunan Abu Dawud).

2. Kitab Al-Marasil.

3. Kitab Al-Qadar.

4. An-Nasikh wal-Mansukh.

5. Fada'il al-A'mal.

6. Kitab Az-Zuhd.

7. Dala'il an-Nubuwah.

8. Ibtida' al-Wahyu.

9. Ahbar al-Khawarij.

Di antara karya-karya tersebut yang paling bernilai tinggi adalah Sunan Abi Dawud.

Metode Abu Dawud dalam Penyusunan Sunannya

Karya-karya di bidang hadis, kitab-kitab Jami' Musnad dan sebagainya disamping berisi hadis-hadis hukum, juga memuat hadis-hadis yang berkenaan dengan amal-amal yang terpuji (fada'il a'mal) kisah-kisah, nasihat-nasihat (mawa'iz), adab dan tafsir.

Cara demikian tetap berlangsung sampai datang Abu Dawud. Maka Abu Dawud menyusun kitabnya, khusus hanya memuat hadis-hadis hukum dan sunnah-sunnah yang menyangkut hukum. Ketika selesai menyusun kitabnya itu kepada Imam Ahmad bin Hanbal, dan Ibn Hanbal memujinya sebagai kitab yang indah dan baik.

Abu Dawud dalam sunannya tidak hanya mencantumkan hadis-hadis sahih semata sebagaimana yang telah dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, tetapi ia memasukkan pula kedalamnya hadis shahih, hadis hasan, hadis dha'if yang tidak terlalu lemah dan hadis yang tidak disepakati oleh para imam untuk ditinggalkannya. Hadis-hadis yang sangat lemah, ia jelaskan kelemahannya.

Cara yang ditempuh dalam kitabnya itu dapat diketahui dari suratnya yang ia kirimkan kepada penduduk Makkah sebagai jawaban atas pertanyaan yang diajukan mereka mengenai kitab Sunannya. Abu Dawud menulis:

"Aku mendengar dan menulis hadis Rasulullah SAW sebanyak 500.000 buah. Dari jumlah itu, aku memilih sebanyak 4.800 hadis yang kemudian aku tuangkan dalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut aku himpun hadis-hadis sahih, semi sahih dan yang mendekati sahih. Dalam kitab itu aku tidak mencantumkan sebuah hadis pun yang telah disepakati oleh orang banyak untuk ditinggalkan. Segala hadis yang mengandung kelemahan yang sangat ku jelaskan, sebagai hadis macam ini ada hadis yang tidak shahih sanadnya.

Adapun hadith yang tidak kami beri penjelasan sedikit pun, maka hadis tersebut bernilai salih (dipakai alasan, dalil), dan sebahagian dari hadis yang sahih ini ada yang lebih sahih daripada yang lain. Kami tidak mengetahui sebuah kitab, sesudah Qur'an, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini.

Empat buah hadis saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi keberagaman tiap orang. Hadis tersebut adalah, yang ertinya:

Pertama: "Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperoleh apa yang ia niatkan. Kerana itu maka barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu."

Kedua: "Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya."

Ketiga: "Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya."

Keempat: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya; dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat penggembala yang menggembalakan ternaknya di dekat tempat terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baik pulalah semua tubuh dan jika rosak maka rosak pula seluruh tubuh. Ingatlah, ia, iaitu hati."

Demikianlah penegasan Abu Dawud dalam suratnya. Perkataan Abu Dawud itu dapat dijelaskan sebagai berikut:

Hadis pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang merupakan asas utama bagi semua amal perbuatan diniah dan duniawiah.

Hadis kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi umat Islam agar selalu melakukan setiap yang bermanfaat bagi agama dan dunia.

Hadis ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan tetangga, berlaku baik dalam pergaulan dengan orang lain, meninggalkan sifat-sifat egois, dan membuang sifat iri, dengki dan benci, dari hati masing-masing.

Hadis keempat merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal haram, serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara', yaitu dengan cara menjauhi hal-hal musykil yang samar dan masih dipertentangkan status hukumnya oleh para ulama, kerana untuk menganggap enteng melakukan haram.

Dengan hadis ini nyatalah bahawa keempat hadis di atas, secara umum, telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.

Komen Para Ulama Mengenai Kedudukan Kitab Sunan Abu Dawud

Tidak sedikit ulama yang memuji kitab Sunan ini. Hujatul Islam, Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata: "Sunan Abu Dawud sudah cukup bagi para mujtahid untuk mengetahui hadis-hadis ahkam." Demikian juga dua imam besar, An-Nawawi dan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah memberikan pujian terhadap kitab Sunan ini bahkan beliau menjadikan kitab ini sebagai pegangan utama di dalam pengambilan hukum.

Hadith-hadith Sunan Abu Dawud yang Dikritik

Imam Al-Hafiz Ibnul Jauzi telah mengkritik beberapa hadis yang dicantumkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya dan memandangnya sebagai hadis-hadis maudhu' (palsu). Jumlah hadis tersebut sebanyak 9 buah hadith. Walaupun demikian, disamping Ibnul Jauzi itu dikenal sebagai ulama yang terlalu mudah mengatakan "palsu", namun kritik-kritik telah ditanggapi dan sekaligus dibantah oleh sebahagian ahli hadis, seperti Jalaluddin as-Suyuti.

Dan andaikata kita menerima kritik yang dilontarkan Ibnul Jauzi tersebut, maka sebenarnya hadis-hadis yang dikritiknya itu sedikit sekali jumlahnya, dan hampir tidak ada pengaruhnya terhadap ribuan hadis yang terkandung di dalam kitab Sunan tersebut. Kerana itu kami melihat bahawa hadis-hadis yang dikritik tersebut tidak mengurangi sedikit pun juga nilai kitab Sunan sebagai rujukan utama yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya.

Jumlah Hadis Sunan Abu Dawud

Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Dawud itu memuat hadis sebanyak 4.800 buah hadis. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya sebanyak 5.274 buah hadis. Perbedaan jumlah ini disebabkan bahawa sebahagian orang yang menghitungnya memandang sebuah hadith yang diulang-ulang sebagai satu hadis, namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadis atau lebih. Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenal di kalangan ahli hadis.
Abu Dawud membagi kitab Sunannya menjadi beberapa kitab, dan tiap-tiap kitab dibagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 35 buah, di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab sebanyak 1,871 buah bab.

Sumber: Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.

Koleksi Hadis Nabi
Posted by Unknown 0 comments
Imam Suyuthi

1. Nama lengkap beliau adalah Jalaluddin Abdurrahman bin Kamaluddin Abi Bakr bin Muhammad As-Suyuthi.

Lahir tahun 849H atau tahun 1445M di Asyuth Mesir dari keturunan orang-orang terkemuka di negeri itu dan wafat tahun 911H atau tahun 1505M.

Ayah beliau wafat pada waktu beliau berumur enam tahun, jadi beliau hidup sebagai anak yatim.

2. Bagi memuaskan dahaganya akan ilmu, maka selain dari negerinya sendiri, beliau pun mencari ilmu dan merantau ke serata negeri antaranya Syam, Hijaz, Yaman, India, Maghribi dan negeri-negeri lain serta berguru pada para ulama terkenal berbagai disiplin ilmu saat itu yang jumlahnya lebih kurang seratus lima puluh orang.

Diantara para ulama itu ialah Syaikh Syihabuddin As-Syarmasahi, Syaikhul Islam Alamuddin Al-Bulqini, putera Al-Bulqini, Syaikhul Islam Syarafuddin Al-Manawi, Taqiyuddin As-Syibli, Muhyiddin Al-Kafiji, Syaikh Saifuddin Al-Hanafi dan lain-lain.

3. Belliau pernah bekerja sebagai guru pada sekolah Ibn Thulun, As-Syaikhuniyah dan Al-Bibrisiyah. Guru-guru beliau telah memberi hak dan kekuasaan padanya untuk mengajar pada usia sangat muda. Beliau diberi hak dan kekuasaan untuk mengajarkan ilmu sastera arab pada usia tujuh belas tahun dan pada usia dua puluh tujuh tahun, telah diberi mengajarkan hukum agama dan memberikan fatwa.

Pada usia empat puluh tahun beliau mengundurkan diri dari masyarakat ramai untuk memanfaatkan seluruh waktu dan mencurahkan seluruh perhatiannya untuk kajian dan menulis. Hasil kerja keras beliau itu adalah berupa buku-buku tebal yang terdiri dari beberapa jilid sampai buku-buku yang kecil dan jumlah keseluruhannya lebih kurang enam ratus buah.

4. Bidang keilmuan yang beliau kuasai sangat luas. Hampir setiap ilmu yang beliau pelajari ditulis buku mengenainya. Sekadar gambaran betapa produktifnya beliau dalam menulis, disenaraikan beberapa buah buku darinya;

(a) Ilmu Tafsir dan Qiraat (24 buah) antaranya ‘Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul’

(b) Ilmu Hadis, antaranya Mirqaatus Shu’ud ila Sunani Abi Dawud, Syarhu Sunan Ibni Majah, Adzkarul Adzkar, Zawa-idu Nawaadiril Usul lil Hakim At-Tirmidzi dan banyak lagi.

(c) Ilmu Feqah, antarnya Al-Jami’ fil Faraidh dan pebagai lagi.

Judul buku-buku di atas hanya sedikit sekali yang dipaparkan, seperti yang dikatakan, buku-buku beliau yang ditulis berjumlah lebih kurang 600 buah.

Tipu Daya Iblis Zaman Ini

Posted by Unknown 0 comments
PENDAHULUAN

Surah Al Baqarah [2] : [255]

.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

PENGENALAN

Tipu Daya Iblis Zaman Ini

Pengenalan ringkas antara jin, iblis dan syaitan boleh kita dapati dalam firman Allah yang Maha Tinggi di bawah,

Surah Al Kahfi [18] : 50
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Di dalam ayat yang lain tentang perkaitan antara iblis dan syaitan,

Surah Al Israa' [17] : 63-64
Allah berfirman (dituju kepada iblis (rujuk ayat 61-62)): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Secara umumnya dapatlah kita mengetahui berdasarkan ayat Al-Quran di atas bahawa iblis dan syaitan itu adalah dari golongan jin. Perlu diingatkan sekali lagi, iblis itu adalah dari golongon jin, bukan malaikat seperti yang dinyatakan sebilangan kecil orang yang tersalah faham dan kebanyakan orang yang sesat.

Tipu daya iblis itu berbagai-bagai dan dikerahkan penyokong-penyokongnya untuk menyesatkan umat manusia keseluruhannya tanpa mengira keturunan, pangkat, bangsa apatah lagi agama, kerana memang itulah tujuan iblis yang menginginkan kesesatan seluruh manusia.

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Penyayang berfirman tentang keazaman iblis untuk menyesatkan manusia;

Surah Al Hijr [15] : 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku (iblis) akan menyesatkan mereka semuanya...

ISI PERBINCANGAN


Mengenali Bisikan Hati

Iblis melancarkan tipu dayanya melalui bisikan-bisikannya ke dalam hati sanubari manusia. Perlu kita ketahui bahawa bisikan di dalam hati manusia itu ada tiga, iaitu;

1. Bisikan Malaikat : Berdasarkan;

Surah Fushshilat [41] : 30

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Malaikat membisikkan agar manusia berbuat kebaikan, mentaati perintah Allah yang Maha Tinggi dan perkara-perkara yang baik dan terpuji. (Rujukan Tafsir Ibn Katsir, dan Tafsir Al-Munir dalam Surah Al-Nas)

2. Bisikan Diri : Berdasarkan;

Surah Qaaf [50] : 16

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Kita berbisik dengan diri kita sendiri dari segi berfikir, citarasa, keinginan samada baik atau buruk dan sebagainya. Dalam satu hadis sahih yang di nukil dari tafsir Ibn Katsir,

Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala memaafkan apa yang dibisikkan oleh hati umatku, selama ia tidak mengatakan atau mengerjakannya.” (Sahih Muslim, dengan lafaz yang sedikit berbeza)

3. Bisikan Iblis atau Syaitan : Berdasarkan,

Surah Al An'aam [6] : 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Faktor yang ketiga ini adalah yang hendak dikongsi bersama kerana dengan bisikan inilah membuatkan kaum yahudi sesat, kaum nasrani sesat, umat Islam sesat dan manusia umumnya, akibat kurangnya prihatin akan kebahayaannya.

Cara-Cara Iblis Menyesatkan

Iblis menyesatkan manusia melalui beberapa kaedah yang licik sehingga kita tidak sedar akannya. Penyesatan ini kadangkala mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan adalah benar dan bukannya dari syaitan; antaranya:

Pertama : Memberi nasihat, dan tipu daya ini diakui sendiri oleh syaitan,

Surah Al-A’raaf [7] : 21

Dan ia bersumpah kepada keduanya ((Adam dan Hawa) dengan berkata): "Sesungguhnya aku (syaitan) adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

Sekiranya datang iblis kepada kita secara terang-terangan memberi nasihat, mahukah kita mengikutinya? Tentu tidak. Jadi secara halus iblis itu membisikkan tanpa kita sedari, tapi kita boleh mengenalinya; iaitu dengan ilmu.

Antara contoh nasihatnya (iblis) pada zaman ini;

(a). “Tidak solat pun takpe, selagi kita ucap kalimah tauhid pasti masuk syurga,” dan yang semaksud dengannya. Mengikut Imam Syafie dan para ulama salaf lainnya, jika orang yang berkata seperti itu beritikad tidak wajibnya solat, maka hukumnya kufur.

Al Baqarah [2] : 80

...."Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"

Pernahkah kita membuat janji dengan Allah yang Maha Suci, bahawa kita akan masuk syurga? Atau kita cuma mendengar dari perkataan orang lain atau agak-agak sahaja?

(b). “Masa muda adalah masa untuk enjoy, dah tua nanti baru bertaubat, kerana taubat muda-muda nanti buat dosa balik.”

(c). “Jangan sebut pasal mati, tak elok, nanti mulut masin” (yakni meyakini kata-kata seseorang yang boleh menyebabkan kemudaratan dan secara tidak langsung mengingkari takdir).

Itu adalah sebahagian contoh dari nasihat dan hasutan iblis kepada kita.

Kedua : Menjadikan keburukan nampak baik dan sebaliknya.

Dalam Surah Al Hijr [15] : 39 Allah yang Maha Tinggi berfirman,

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Antara contoh-contohnya di zaman ini adalah seperti ada orang yang berkata,

(a). “Walaupun aku tidak menutup aurat, tapi hati aku baik dan mengerjakan solat,” dan yang semaksud dengannya.

Sebenarnya perkara ini melibatkan orang Islam yang lain. Terutama kanak-kanak, mereka belajar dari orang dewasa dan mereka menyangkakan tidak menutup aurat itu adalah ‘perkara yang dibolehkan’ dalam agama.

(b). “Kalau kita solat tak khusyuk tak guna jugak, jadi tak perlu sembahyang kerana kita perlu belajar untuk khusyuk dahulu.”

Al Baqarah [2] : 110

Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

Solat itu wajib, dan selepas itu bertawakallah;

Surah Hud [11] : 123

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

Ketiga : Menghalangi jalan yang lurus (jalan kebenaran dan keselamatan dunia dan akhirat).

Berdasarkan Surah Al-A’raaf [7] : 16

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

Contoh-contoh di zaman ini dapat kita perhatikan menerusi perkataan syaitan-syaitan dari jenis manusia samada dari orang bukan Islam mahupun orang yang menggelar dirinya ‘orang Islam’.

Surah Al Baqarah [2] : 8

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Perkataan orang munafik seperti ini lebih merbahaya kerana perkataan mereka lebih mudah diikuti seperti di dalam;

Surah Al Baqarah [2] : 11

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Surah Al Baqarah [2] :14

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Antara kesesatan yang mereka lakukan dalam perkataan dan perbuatan mereka (nampak seolah-olah benar tetapi menyalahi Al Quran) seperti;

(a). “Semua manusia mempunyai hak masing-masing, jadi manusia bebas mengamalkan cara hidup mereka.”

Antaranya orang Islam yang ingin murtad tidak perlu dihukum, lelaki dan wanita bebas berkahwin dengan pasangan sejenis mereka, orang yang berkahwin dengan orang Islam tidak perlu menukar agama mereka, pembahagian harta (faraid) perlu sama antara laki dan wanita dan banyak lagi kesesatan mereka.

(b). “Semua agama menuju pada keamanan dan kebenaran, jadi semua agama adalah benar.”

Kata-kata mereka secara tidak sedar sebenarnya memperlekehkan Nabi Muhammad saw yang berusaha membebaskan manusia dari penyembahan syaitan. Orang seperti ini, kita perlu katakan kepada mereka,

“Kami tidak mengatakan agama lain itu salah, kami cuma mengatakan Allah yang Maha Agung itu tunggal dan wajib kita menyembahnya. Allah yang Maha Mencipta segala sesuatu dari awal kehidupan sehingga kehidupan akan datang dan akhirnya; segala sesuatu dalam takdirNya.

Al Quran pula diturunkan supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan wajib beriman dan beramal dengannya. Nabi Muhammad saw itu pesuruhNya untuk mengajar umat manusia tentang dunia dan akhirat; juga memperjelaskannya berdasarkan wahyu, iaitu Al Quran.”

Al-Ikhlass [112] : 1-4

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

(c). “Penafsiran orang dahulu (ditujukan pada ulama salaf) terhadap Al Quran dan fekah tidak relevan masa kini, kita hidup zaman moden.”

Sebenarnya kita tidak perlu kebaratan untuk menjadi moden. Perkataan merekalah yang tidak relevan, contohnya apabila antara ahli keluarga mereka mati, mereka juga mahu memandi dan mengafankannya. Kenapa tidak ikut cara moden?

Keempat : Mendatangi dari pelbagai arah.

Surah Al-A’raaf [7] : 17
......"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Dari Ali bin Abi Thalhah mengatakan dari Ibnu ‘Abbas r.a yang dinukil dari tafsir Ibnu Katsir, maksud;

(a). Iblis datang dari hadapan adalah, iblis membuat kita ragu akan kehidupan akhirat.

(b). Iblis datang dari belakang pula, iblis akan menjadikan kita cinta kepada dunia.

(c). Iblis datang dari kanan, iaitu iblis menjadikan perkara agama kita menjadi samar. Kita akan meragui yang mana dari agama dan yang mana bersalahan dengan agama. Contohnya pergi ke kubur setiap pagi raya, duduk di kubur, memegang adat lebih dari syariat dan lain-lain.

(d). Iblis datang dari kiri adalah dengan menjadikan kita menjadi hamba hawa nafsu dengan menyukai kemaksiatan.

Kelima : Menakut-nakuti.

‘Ali Imran [3] : 175

Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy),....

Syaitan menanamkan rasa takut dalam perasaan kita bahawa dia (syaitan) dan para pengikutnya termasuk dari kalangan manusia, memiliki kekuatan dan pengaruh.

Kita boleh melihat sekeliling kita. Perhatikan di negara kita sendiri dan di negara luar yang lainnya, betapa umat Islam sekarang dihina, ditindas, diperbudak-budakkan sewenangnya. Kita telah hilang semangat jihad dan rasa kasih sayang sesama Islam.

Mungkin persoalan negara terlalu luas, jadi perhatikan tempat kerja kita, sekolah kita, ekonomi, taraf hidup dan masyarakat kita umumnya, tidakkah anda berasa takut dan gentar pada mereka? Jangan kita berasa takut kerana kita adalah umat pilihan, umat Nabi Muhammad SAW.

Al Baqarah [2] : 143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

‘Ali Imran [3] : 175

.....kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

(Mengenai nombor ketiga, keempat dan kelima diulas dengan lebih lanjut dalam artikel yang berlainan bertajuk ‘Kemunculan Tentera Dajjal’)

Keenam : Angan-angan kosong.

Surah An Nisaa' [4] : 119

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan...

Iblis membisikkan kita dengan pelbagai perkara yang mulanya bermanfaat kemudian dirosakkan dengan hasutan dengan janjinya ‘inilah perkara yang benar dan lebih baik’, seperti;

(a). Membuat kenduri atau jemputan makan tahlil, kahwin dan sebagainya.

Kemudian dirosakkannya dengan kenduri arwah 40 hari atau 100 hari, dan dalam majlis perkahwinan pula, suami isteri disuruh berpelukan dan diambil gambarnya dan banyak lagi.

Malah ada juga yang tidak mahu beribadat ketika masih hidup, kerana berpendapat dia akan terselamat kerana ahli keluarganya akan membuat kenduri tahlil bila dia mati kelak.

(b). Berikhtiar dalam merawat penyakit atau kesulitan dalam kehidupan.

Kemudian dirosakkannya dengan mempercayai bomoh, tangkal, ramalan (rahsia-rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat), sihir dan seumpamanya.

(c). Bersolat fardhu dan sunat, kemudian dirosakkannya dengan solat tergesa-gesa dan tanpa tukmaninah (diam sebentar pergerakan sebelum meneruskan gerak solat seterusnya).

Paling menonjol adalah waktu iktidal, ramai yang gagal untuk tukmaninah ketika iktidal ini.

(d). Menyambung silaturrahim atau mempereratkan silaturrahim di facebook dan sejenisnya (blog, myspace dan lain-lain).

Kemudian dirosakkannya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, gambar membuka aurat, memfitnah, menyeleweng fakta dan kerosakan lainnya.

Ketujuh : Mengubah ciptaan Allah yang Maha Mengetahui.

Surah An Nisaa' [4] : 119

...demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

Di dalam tafsir Ibnu Katsir, diterangkan dua perkara mengenai ayat ‘mengubah ciptaan Allah’.

(a). Tentang pengubahan rekabentuk makhluk hidup seperti mengembiri binatang, bertatu, mencukur bulu kening untuk kecantikan dan apa-apa yang diubah keaslian ciptaanNya.

(b). Mengubah perintah Allah yang Maha Mengetahui dan sunnah Rasulullah saw, seperti melebihi pendapat orang-orang sekalipun telah mengetahui hadis dari Rasulullah saw.

Contohnya, tingkatan puasa yang dibolehkan adalah puasa selang sehari (puasa Nabi Daud), tapi kita mengingini puasa tiap-tiap hari.

Lainnya, kita berasakan zikir dari Rasulullah saw itu tidak mencukupi, lalu kita tambah-tambah pada zikirnya, akhirnya zikir dari Rasulullah saw itu kita tinggalkan, dan kita mula meniru zikir orang lain kononnya zikir itu lebih hebat dari zikir dari Rasulullah saw.

Malah kita juga tidak tahu makna dari zikir itu. Kita hanya mengikut-ikut sahaja.

Kelapan : Berkata (dusta) terhadap Allah.

Surah Al-Baqarah [2] : 169

Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

Perkara yang keji dan jahat itu sudah kita ketahui tentangnya. Tetapi berkata dusta terhadap Allah yang Maha Tinggi tidak ramai sedar mengenainya.

Syaitan membisikkan pada kita agar,

(a). Takut untuk bercakap tidak tahu dalam soal agama juga soal lainnya, lalu bercakap sesuatu yang tidak kita ketahui (terutama perbincangan kedai kopi). Jadilah umpatan atau fatwa yang menyeleweng.

(b). Mendakwa berlakunya sesuatu musibah itu contohnya gempa bumi berlaku di sesuatu kawasan kerana penduduk di situ banyak berbuat kejahatan. Padahal kuasa Allah yang Maha Perkasa mentakdirkan itu semua.

(c). Seolah-olah mengetahui perkara ghaib atau pasti terhadap perkara yang belum berlaku, seperti,

a.1. meramal bilakah berlaku kiamat,

b.2. para pemotivasi yang menaikkan semangat, kononnya kejayaan kita adalah hasil kerja kuat kita atau apa yang kita lakukan pasti berjaya.

Surah Al Qasas [28] : 78

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?.....

(Boleh untuk melakukan itu (memotivasi), tapi jangan sampai menolak takdir dan isikan dengan ayat-ayat Al Quran mengenai bagaimana ciri-ciri orang yang berjaya),

c.3. selepas kahwin pasti mempunyai anak, dan pelbagai lagi.

KESIMPULAN

Ini hanya beberapa antara kesesatan yang iblis bisikkan, tanamkan dalam hati dan fikiran kita untuk menyesatkan. Kesesatan-kesesatan ini kadangkala tidak kita sedari, kadangkala kita sedar, namun terperangkap dalam suasana masyarakat kini.

Bagaimana caranya mengatasi atau melawan tipu daya iblis yang jahat dan licik ini? Antaranya;

(a). Menuntut ilmu. Lengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain kemudian baru ilmu-ilmu yang lainnya dan tanamkan sikap benci menjadi jahil.

Surah Thoha [20] : 114

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."

Surah Al Hajj [22] : 54

Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

(b). Berdoa agar jauh dari kesesatan.

Surah Ali ‘Imran [3] : 8

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."

Surah Ali ‘Imran [3] : 147

Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Doa adalah senjata kita yang paling kuat dan sesungguhnya Allah yang Maha Penyayang itu tidak memungkiri janji,

Surah Al Baqarah [2] : 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(c). Bersatu hati sesama umat Islam serta berzikir dan sentiasa mengingati Allah yang Maha Penyayang dalam memerangi musuh dari kalangan syaitan jenis manusia dan jin.

Surah Al Anfaal [8] : 45

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

(Tanda (c) juga diulas lebih lanjut dalam artikel ‘Kemunculan Tentera Dajjal’)

(d). Sentiasa mengingati mati.

Surah Az Zumar [39] : 42

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya;

maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan.

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Kita tidak tahu ajal kita, jadi buatlah yang terbaik dalam beribadah ketika di dunia ini sementara masih boleh.

Dan (e). Ingatlah bahawa tipu daya syaitan itu sangat lemah. Mereka (syaitan) tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menghasut dan membisikkan sahaja.

Surah An Nisaa' [4] : 76

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Serta ingatlah kita adalah umat terpilih, umat Nabi Muhammad saw.

Surah Ali 'Imran [3] : 139

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Rujukan :

Al Quran (Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al Munir), Kitab-kitab hadis sahih (boleh juga didapati dalam blog saya www.KoleksiHadisNabi.blogspot.com).

Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis (Ibnu Qayyim Al Jauziah), Islam Liberal dan Pluralisma Agama (Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil), Penyatuan Nilai Kebaikan (Harun Yahya), Ciri-Ciri Akhlak Mukminin dan Mukminat (Syeikh Abdul Aziz bin Baaz) dan Dunia Jin dan Setan (Dr. Umar Sulaiman al-AsyAsyqar).