-->

SAJA2: Jelajah basikal troll dari Sabah ke seluruh dunia telah berjaya.

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Beberapa bulan yang lalu pada 10/20/2011..

Aku telah menghasilkan sebuah basikal yang bergerak tanpa perlu menggunakan sebarang tenaga tenaga. Basikal ini hanya perlu dilihat oleh untuk menggerakkan rodanya. Inilah basikal troll dengan brand asal ujellyiveanillusionbike.

Daripada Sabah, ianya dihantar ke trollfacecomic.com untuk memulakan pengembaraan ke seluruh dunia. Sila lihat arkib lima bulan lepas untuk berita mengenai basikal ini di sini dan sini. Hari ini adakah pengembaraannya berjaya?

Ya, ianya berjaya. Pengembaraan basikal troll ke seluruh dunia telah terbukti berjaya apabila sabahan troll menemui versi basikal ini yang masih mempunyai watermark asal dan melalui carian google image juga, pengembaraannya pernah sampai ke Vietnam, Rusia, Sepanyol, Arab, Brazil, Iran, Greece malah negara 9gag! klik sini untuk melihat hasil carian google image.

Di bawah ini aku paparkan beberapa versi basikal troll daripada yang asal sehinggalah ianya berubah mengikut lokasi yang pernah ditujunya.


Versi asal ini merupakan mycomic aku yang ketiga.


Versi yang ditemui oleh Sabahan Troll.


daripada website rembat dan claim, 9gag.

Semasa di salah satu kawasan di Russia.


Semasa di salah satu kawasan di Spain


Di Arab. Mungkin di kawasan gurun dan terlalu haus sehingga tidak boleh mengeluarkan sebarang perkataan haha.

Tulisan jawi, tetapi berbahasi parsi, di Iran.


Menggunakan bahasa portugis, tetapi domain ".br", tentunya di Brazil.

Akhir sekali, syabas kepada diri sendiri dan terima kasih kepada yang membantu sepanjang pengembaraan basikal ini serta kredit juga perlu diberikan kepada pencipta ilusi, tanpa teknologi (ilusi) ini, basikal troll hanyalah basikal buruk.

Semoga basikal ini akan terus diminati di seluruh dunia kerana teknologinya yang canggih! Dengan ini, berjayalah misi pengembaraan ini dan entry saja2 kali ini berakhir di sini, sekian. :))



0 comments:

Post a Comment